Alahai....D' TR

Percaya atau tidak hidup ini umpama roda, bergolek dalam paksinya yang tersendiri.
Ada masa pusingan keatas ada masa pusingan ke bawah. Begitu juga dengan rentak hidup orang-orang siasah dalam gelanggang politik negara. Dulu dia disangjung sekarang dia dikeji. Dulu ramai mengaku kawan dan sedara, sekarang tak nampak muka. Dulu ada yang suka sekarang ramai pula yang membenci. Dulu dipandang mulia sekarang dah mula kata mengata…

Itulah resam dunia…..
kerana itu apabila berada disinggahsana janganlah leka dan alpa kerana sinar kaca walau terserlah indah ia tetap kaca jua bukan intan permata. Ikhlas dalam perjuangan tak kan sama dengan rentak perniagaan. Dunia siasah bukanlah dunia niaga. Andai segala yang ada nak diniaga rosaklah perjuangan, musnahlah keyakinan, maka yang jadi mangsa hanyalah rakyat biasa yang tak mengerti apa-apa hanya berharap agar pemerintah yang ada lebih bijaksana.

No comments:

Menjaga aib dan menjaga hukum Allah swt

 Menjaga Aib dan menjaga hukum Allah swt   Semenjak dua menjak ini, dalam laman sosial bertebaran cerita dosa dan aib manusia disebarkan...