Hujung Minggu yang memenatkan

Pagi Sabtu ke Senawang mengikuti rombongan ibu saudara untuk majlis peminangan/pertunangan anak lelakinya dan tak disangka-sangka tersangkut dlm jammed pepagi hari dlm perjalanan hampir 2 jam disebabkan sebuah lori trailer yang dipenuhi dengan muatan besi terbalik secara melintang di KM264 menghala arah ke selatan.
Cuaca diluar pula panas, aircond dalam kereta pun tak terasa sejuknya. Anak-anak sampai bukak baju kecuali si Ayong. Cik Abang yang memandu dah mula sakit kepala dan keluar sendawa angin. Pagi tu breakfast disajikan oleh pulut/nasi lemak/roti jala oleh ibu saudara di Gombak. Hmmmm.... menjadi-jadi le anginnya.

Kasihan pada keluarga perempuan di senawang, majlis yg sepatutnya bermula jam 11.00 pagi akhirnya hanya dapat direalisasikan pada jam 1.00 tengahari. Nak buat camna, kita semua hanya merancang, yang menentukan Allah swt jua adanya. Di Senawang kami dijamu pula makan tengahari. Teringat menu mereka Ayam kampong masak lemak cili padi yang sungguh sedap.

Malam Sabtu bergerak pula ke Ipoh hantar Mak balik. Pagi Semalam terus aku demam. Mungkin penat + tak cukup rehat & faktor cuaca agaknya lah...

Malam tadi bertolak pulang semula ke KL. Anak-anak ada ujian sekolah Agama hari ini..
Semoga mereka berjaya menjawap soalan ujian itu... InsyaAllah.
12052008

3 comments:

Maswafi Abd Samat said...

Akak dah mulakan dengan langkah pertama. Lepas ni cubalah luangkan masa menulis walaupun sedikit, mungkin paling kurang 2 kali seminggu. Selamat datang ke alam blogger!

Bila Diary Bercerita said...

terimakasih diatas komen Wafi. Ini yang buat akak makin bersemangat nak menulis ni. he...he..

WS Zuriati said...

Akak, aku lagi penat kak. Tengah-tengah minggu che din mengajak aku balik kg.. dah la bwk kete slow. Kul 12tgh baru spai semula kat umah sewa. Iron baju, basuh baju tgh mlm buta...

Sebuah coretan pada diary

Setelah lama tidak menulis, aku kehilangan kata-kata. Sebenarnya ingin ku tulis berbagai cerita namun kekangan waktu selalu sahaja membatask...