Wednesday, June 18, 2008

Apa sebab aku tulis blog

Ada teman bertanya apa sebenarnya tujuan aku tulis blog. Walaupun soalan beliau tidak berjela, tetapi bila diajukan secara tiba-tiba dan sementelah tugasan dipejabat sedang menimbun, aku kehilangan kata-kata untuk menjawap soalan itu. Apa yang keluar daripada mulut hanyalah 'saja suka-suka'.... he..he...
Teman,
Blog ini ku anggap seperti diary maya. Aku boleh menulis dan meluahkan segala apa yang terlintas di jiwa. Berbeza dgn 'diary tradisi' yang hanya untuk tatapan sendiri, diary aku boleh di baca oleh orang lain. Aku boleh berkongsi rasa dengan mereka diluar sana walaupun tak kenal rupa. Mungkin pendirian dan pendapat aku tak sama dengan orang lain tapi tak kisahlah sekadar bertukar pendapat dan cerita, apa salahnya.
Alahai.....tension pulak bila tengah banyak kerja ni.

3 comments:

Ahmad WM Omar said...

Sebab ia memberikan kepuasan kepala pemikiran intelektual saya. Dan saya bebas berkata apa saja yang saya fikir, dan mengkritik atau menyindir-nyindir sesiapa pada kadar yang perlu. Blog juga dapat mendidik masyarakat supaya lebih terbuka, kritikal dan adil, kerana jika kita bergantung kepada maklumat dari RTM, TV3, Utusan (sekadar menyebut beberapa) kita pasti tidak berkembang dan seolah-olah berada di sebuah negara kelas ketiga.

aishah jamal said...

Hmm.....setuju sangat dengan komen ni.

water lily said...

Saya menulis mulanya kerana saya marah & tidak puas hati. Akhirnnya saya mendapati blog boleh jadi medan mengasah bakat untuk menulis secara fiktif dan kreatif (: