Keluh Kesah Tun Baiduri

Tun Angsana membelai rambut Tun Baiduri yang ketika itu dihembus bayu petang yang mendamaikan lalu berkatalah Tun Angsana kepada isterinya yang tercinta setelah beliau mendapati isteri yang dikasihi telah hilang senyum serinya.
Tun Angsana : "Wahai Adinda permata jiwa, mengapakah adinda sehari dua ini Kanda lihat bermuram durja? Khabar duka apakah yang telah hadir menganggu dinda?"
Tun Baiduri : "Kanda Angsana, maafkan dinda jika perlakuan dinda mengundahkan hati kekanda. Bukan derita jiwa yang bertapa cuma adinda terbawa rasa dengan kejadian diluar sana."
Tun Angsana : "Gerangan apa yang berlaku hingga dinda demikian rupa?"
Tun Baiduri : "Dinda berasa nestapa kerana kediaman warisnya memanda menteri dimusnah alam kanda. Keponakkan memanda itu umpama hilang jiwa, ratap dan tangis sahaja." Tun Lebah itu kini mengamuk marahkan pihak istana dan mengata-ngata kerabat semua".
Tun Angsana : "Hilang akalkah Tun Lebah itu? Angkara Alam nak disalahkan istana? Bukannya Raja ada kuasa menentang Alam".
Tun Baiduri : "Entahlah Kanda, Panglima Laksamana serta hulubalang semua telah memerah keringat membantu sedaya upaya. Namun masih diumpat nista".
Tun Angsana : "Umpama tidak bersyukur sahaja lagaknya si Tun Lebah. Nyawa masih melekat dibadan, masih berupaya untuk sujud pada yang Esa. Emm... Apa pula kata pihak Istana? Tidakkah akan mengundang murka paduka Raja?"
Tun Baiduri : "Khabar yang dibawah Tuan Puteri kepada hamba, para pembesar bersetuju untuk mencari cerdik pandai tukang agar dapat dibina kediaman baru Tun Lebah. Hingga kini belumlah lagi diketahui tapak mana yang mahu dipasak."
Tun Angsana : "Khabarkan lah pada Tun Lebah dan juga hamba sahaya jua, andai meletak tiang seri untuk berlindung cuaca alam, janganlah digangu pasak bumi yang ada. Takut-takut kejadian sama menimpa."
Tun Baiduri : "Memang benar kata Kanda, namun apalah daya kita, hanya boleh bersuara sahaja. Kata putus ditangan mereka. Andai ditimpa musibbah, bermunajatlah kepadaNya. Moga-moga hati tak leka. Allah swt tetap menjaga kita".
Tun Angsana : "Duhai Dinda, usahlah lagi berasa pilu. Satu hari nanti pasti amuk Tun Lebah berlalu. Lambat laun sejuklah amarahnya itu. Semoga memanda menteri dapat memujuk, melentur akan Tun Lebah."

3 comments:

kak ja said...

Kesian Tun Lebah, musibah yg menimpa tak dpt menambah tahap iman dan redha.. Tp kja bersetuju dgn pesanan Tun Angsana, jgn diganggu pasak bumi..

Kesian hulubalang2 yg disengat dek Tun Lebah.. Tun Lebah dah biasa 'duduk di atas'..Dah jd mcm ni, dia tetap tak merasa ada yg lbh atas drpnya.. hmmmmm...kesian dia..

Bila Diary Bercerita said...

Kak Ja,
Tun Lebah perlu dinasihati tapi kalau tuan penasihat tu pun 2 x 5 payahle...

Anonymous said...

HA HA HA Satu lagi cerita Melayu kutuk Melayu.



-peace-

Menjaga aib dan menjaga hukum Allah swt

 Menjaga Aib dan menjaga hukum Allah swt   Semenjak dua menjak ini, dalam laman sosial bertebaran cerita dosa dan aib manusia disebarkan...