Semalam ku selak akhbar Sinar. Tup-tup terpandang pula ruang iklan untuk undian sms antara Opah Pidah kita dengan Nenek Ijat. Uuuiiiii......., glamer sungguh dorang berdua ni sampai keluar dalam suratkhabar untuk pancing undi peminat. Siap ada kiraan undi sms undi siapa yang paling tinggi.
Pelik pula rasa dihati kerana aku berpendapat perwakilan yang nak berkumpul didalam lumpur kena buat pemilihan undi pada hari yang telah ditetapkan. Kenapa tiba-tiba perlu ada iklan sms semacam ini. Siapa pihak yang menganjurkan dan membuat iklan itu? Macam nak test market je... he..he..he...
Entah-entah ini salah satu teknik untuk cantas dan tebas. Bila terpapar lawan yang satu lagi terima undi sms paling popular mestilah tak puas hati dan mulalah mengatur rentak srikandi. Hai.....kata skrip dalam cerita P. Ramlee tempohari "Inilah permainan dunia......." masih relevan sampai kini.
3 comments:
Kelapa muda berkulit hijau,
Airnya diminum penghilang dahaga,
Btg Ai,bkt gantang ,juga selambau,
Undilah Pakatan itu didada.
opah pidah dari kuala ,
macik ijat dari lembah,
Mereka berdua sama sahaja,
siapa pun menang tiada berubah.
Kamarul,
Kulit lembu dibuat kompang
muzik tradisi majlis walimah
kerusi panas Selambau & Bukit Gantang
pastikan menang jangan mengalah
Opah Pidah menang di kuala
Nenek Ijat kalah di lembah
belum dijemput sudah bersila
yang mana satu akan bertuah
Post a Comment