Berasa berang dengan ugutan itu, adik sepupu suamiku cuba melawan perompak berkenaan. Namun bila perompak tersebut mengeluarkan parang dan cuba untuk mencederakan mereka berdua, akhirnya mereka terpaksa menyerahkan dompet dan juga telefon bimbit mereka. Perompak berkenaan juga membawa lari kereta adik iparku.
Sekarang adik iparku dan beberapa rakan sedang cuba untuk menjejaki kereta miliknya.
Betapa nilai kemanusiaan telah makin hilang kini. Cabaran hidup dan masalah kewangan kadang-kadang membuatkan manusia hilang pertimbangan. Tidak lagi berpaksi pada hukum halal & haram, asal tembolok terisi dan nafsu dituruti, hanya memikirkan kepentingan sendiri.
Jika persoalan kenapa manusia sanggup merompak dilontarkan kepada umum, sudah tentulah berbagai jawapan yang akan kita terima. Sebenarnya tiada jalan mudah untuk mencari kesenangan.
Kesenangan hidup yang diperolehi dengan jalan yang lurus akan lebih diberkati oleh Allah swt.