Wednesday, September 09, 2009

Yang aku tak faham dengan Indonesia

Aku pelik betul lah dengan perangai segelintir orang Indon ni. Tak faham sungguh. Apa yang mereka nak daripada Malaysia sebenarnya? Aku rasa dorang ni dengki kut dengan kemakmuran negara ni. Tak habis-habis dengan isu yang kononnya orang-orang malaysia ni tak prihatin dengan mereka. Macam kes tarian pendet tu, orang malaysia pun tak hingin nak mengaku itu tarian tradisional. Apa kelas dengan tarian pendet. Tak semengah langsung. Lagi satu pasal kes lagu Negaraku. Tu pun depa tak puas hati jugak. Kononnya lagu tu lagu 'Terang Bulan' le pulak haiii....
Tapi yang membuatkan aku menyampah tu bila depa suruh bagi gaji RM800 pada AMAH negaranya. UUUiiiiiii........ kayanya orang malaysia ni sampai maid pun kena bayar lapan ratus hinggit sebulan. Nasib baik tak dikuatkuasakan lagi. Dahlah depa mintak cuti, kita turutkan. Sekarang ni depa mintak RM600 pulak kalu nak sambung perkhidmatan maid yang sedia ada. Aku sebenarnya kat umah memang tak guna maid indon pun. Semua kena uruskan sendiri. Cumanya aku membayangkan ramailah maid yang sedia ada naik tocang kalu dengar berita ni. Bagus sangat ke perkhidmatan mereka. Yang biasa aku dengar dari teman-teman banyak masalah dengan maid indon ni. Banyak yang tak pandai buat kerja pun. Sebagai manusia memanglah kita kena menghargai mereka yang telah menolong kita tapi kalu asyik buat kerja tak betul memanglah naik angin para majikan. Bayangkan jika mereka bekerja dirumah para menteri indonesia dinegara mereka sendiri, adakah pendapatan mereka tu menyamai dengan apa yang dibayar oleh warga malaysia? Mungkin tidak. Sebab tu aku rasa dorang tu mengada-ngada nak mintak gaji lebih. Dahlah kos nak berurusan dengan ejen ni makan ribu riban. Daripada bagi gaji 800 tu pada maid lebih baik para suami sedekahkan kepada para isteri je. Lagi berkat. Aku rasa orang indon yang kerja kilang kat Malaysia sekarang ni pun payah nak dapat gaji banyak tu. Apa kata kalu kerajaan Malaysia buka peluang pula pada warga Thailand ke? Kemboja ke? Bukankah ada sebahagian warganya yang beragama Islam. Tentu tak jadi masalah jika nak bekerja dirumah orang Islam juga.
Baca pula laporan MalaysiaKini ada pulak kutu indon yang tak faham bahasa nak buat road block kat tengah jalan nak tahan rakyat malaysia siap dengan buluh runcing. Entah semangat apa yang merasuk mereka. Aku rasa media di Indonesia sengaja cuba melaga-lagakan hubungan baik antara kerajaan Malaysia dengan kerajaan Indonesia. Makanya sudah pasti ada rakyat negara mereka merasakan bahawa Malaysia selalu menyusahkan rakyatnya. Contoh macam kes anak raja kelantan yang beristerikan model indon tu. Masalah rumahtangga dijadikan masalah negara.
Aku amat berharap agar kerajaan 1 Malaysia ni tak bagi muka sangat pada pemimpin Indonesia yang tak faham bahasa. Ada la segelintir pemimpin sana yang lebih nak cari glamour je tu. Dan tak perlulah kita layan isu-isu sampah yang dikecohkan oleh warganya.

6 comments:

Nafastari said...

Saya pun kurang faham dengan kedangkalan serta kesempitan pemikiran sesetengah orang Indonesia. Dah tak waras ke atau sudah hilang pedoman? Mereka langsung tidak kelihatan hebat dengan menjadi bodoh sombong begitu, malah memalukan serta menjatuhkan maruah serta martabat mereka sendiri.

wan storm said...

ape ke jadah nye pulok ni.... ish, ish, ishk tak paham aku dengan dia orang ni.... tapi si Lili tu paham pulak dengan aku, pelik... pelik.

Yan said...

Kena cari punca sebenar mereka marah sangat dengan Malaysia....
Takkan pasal tarian pendet atau kes penderaan amah sahaja kut...

hans said...

mereka marah kononnya kita merampas hak mereke seperti di Ambalat dan Pulau Sipadan,pasal kain batik,lagu Rasa Sayang dan macam2 lagi...

aku pun pelik dengan diorang nih...
maybe intelektual diorang masih ditahap bawah tanah agaknya...

tak terfikir ker diorang mengajak kita berperang akan lebih menyusahkan mereka?dah lah sekarang hidup pun merempat....

mereka bising kononnya kita curi budaya mereka....mereka tak fikir apa yang orang2 mereka buat dkt malaysia nih?merompak,mencuri,kacau anak dara orang,larikan anak dara orang...musnahkan hidup majikan diorang...

kalau aku ada kuasa jadi PM...dah lama aku hantar semua Indon balik...risau apa...ramai jer lagi orang luar nak datang keje dkt malaysia....

bila dah jadi macam tu baru diorang rasa negara mana selalu tolong mereka....benci INDONESIAL...

P/S : Maaf emosional sikit sebab letih layan warga negara indon yang sangat bodoh dan tidak tahu berfikir

Aishah Jamal said...

Nafastari,
Bila ada yang berkata bahawa mereka yang memegang buluh itu ditaja, mungkin ada benarnya.


Wan Storm,
Nasib baik Lily tu baik dan memahami.

Aishah Jamal said...

Yan,
betul juga kena cari puncanya. Entah-entah mereka tu dengki je kot dengan 'kemakmuran' bumi Malaysia ni...


Hans,
Ada juga orang Indon yang lupa diri bila datang sini. Tapi kadang-kadang nak menyalahkan mereka ni 100% pun payah juga sebabnya ada antara mereka di 'bela' oleh orang-orang tertentu kat Malaysia ni.