Friday, July 16, 2010

Adussss.....Naik lagi.

Anak punai anak merbah
Terbang tinggi buat sarang
Hidup rakyat makin susah
Tok Jib naik harga barang


Kalau kail panjang sejengkal
Jangan lautan hendak diduga
Manakah hati hilangkah akal
membiarkan rakyat hidup derita


Durian dimakan bersama pulut
Pulut dari bendang lama
Rakyat jugaklah yang ikat perut
Kroni pula melancong bersama

2 comments:

Mince4AM said...

buah bacang buah kuini
buah kemuduk buah ara
bencilah saya keadaan ini
asyik-asyik padan muka kita, padan muka kita, sampai bila harus begini?

Aishah Jamal said...

Pergi ke ladang memetik peria
disusun pula diatas para
akibat dari kenaikan harga
jurang si miskin dan kaya makin ketara.


cantik sungguh Bunga Raya
ditepi pagar rumah Mak Siti
tunggu bila dah dekat piliharaya
mana tahu harga akan turun nanti...