Wednesday, March 02, 2011

Al Fatihah untuk penulis blog - Nafastari

Al Fatihah untuk penulis blog-Nafastari yang telah kembali kepadaNya akibat kemalangan jalanraya ketika dalam perjalanan ke kampung halaman setelah baru sahaja beberapa hari terbang pulang ke Malaysia dari bumi Pakistan. Beliau disahkan meninggal dunia malam tadi. Arwah meninggalkan seorang balu dan 2 orang puteri yang masih kecil.


Semoga rohnya berada bersama roh para syuhada dan dimuliakan oleh Allah swt. Dan semoga isteri arwah diberi kekuatan olehNya untuk menempuh ujian ini.


Arwah adalah antara orang terawal yang memberi galakan kepadaku untuk menulis blog. Pemergiannya amat dirasai oleh seisi keluarga.

http://nafastari.blogspot.com - mungkin disatu hari nanti anak-anak arwah akan berpeluang membaca tulisan ayah mereka.

13 comments:

Hartini Omar said...

kak, saya hartini. kalau boleh akak hubungi saya di 012-2622886 untuk saya tahu kisahnya

amat terkejut. ingin sekali menziarahi keluarganya. tolong kak, saya mahu berbicara dengan akak, buat kali pertamanya, sebagai orang yg paling dekat dgn arwah

Aishah Jamal said...

Kesedihan tak terucap juga tak tertulis namun doa tidak pernah putus.

Terimakasih Tini.

UmmuNuha said...

takziah...insyaallah akan hadir berziarah jumaat ini..

Aishah Jamal said...

Terimakasih UmmuNuha,

Marilah sama-sama berdoa agar Mawar diberi kekuatan untuk tabah menghadapi ujian dariNya.

Sokongan dari teman-teman dan saudara mara, InsyaAllah dapat membantu memulihkan semangatnya yang mungkin hilang.....

ja'a said...

alfatihah... semoga roh beliau dicucuri rahmat, pernah jumpa beliau semasa beliau dan wife sy masih belajar di UIA dan semasa berurusan dgn Jab. Imigresen Malaysia (semasa beliau bertugas di Pusat Latihan PD sebagai Timbalan Penolong Pengarah)..

ja'a said...

lupa.. harap pihak2x berkenaan simpan (print atau save) blog ni utk tatapan anak2x beliau...

Aishah Jamal said...

IsyaAllah ja'a....

selain status/gambar dalam FB, blog ini pastinya merupakan nota catatan penting untuk tatapan anak-anak arwah nanti.

Aishah Jamal said...

cerita tentang kemalangan berlanggar dengan kuda serta kenderaan lain ada dilapurkan dalam tv3, tv9 dan ntv7. (Info yg diperolehi dari teman2 lain).

tunggulah berita pada waktu perdana pukul 8 mlm nanti.

humairah said...

Al fatihah.. terasa kehilangan Nya, walupun mengenali nya melalui tulisan sahaja.

Yanaam said...

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

Saya hanya mengenalinya melalui blognya sahaja.

Semoga diampun segala dosanya dan ditempatkan rohnya disisi org2 yg soleh.

Semoga isteri dan anak2nya tabah dan sabar menempuh ujian ini.

Aishah Jamal said...

Humairah & Yanaam,

Biarpun sebagai teman maya diblogspot, ingatan anda berdua terhadap arwah amat dihargai...

waterlily said...

Salam

Setelah beberapa minggu baru saya mengerti dan tahu dia telah tiada

Aishah Jamal said...

Waterlily,

Ya Dia telah pergi pada malam 1 Mac yang lalu. Selepas ini tiada lagi komen2 drpd Nafastari.
Apatah lagi kami sebagai ahli keluarga memang terasa sangat akan kehilangannya.