Cerita dalam Lift - video punya pasal.

Lelaki A : "Ntah apa nak jadi dengan Malaysia ni?"
Lelaki B : "Hmmm, tak jadi apa-apa. Yang gila kuasa je perasan Malaysia ni depa punya"
Lelaki A : "Aku dah naik menyampah nak tengok Berita. Anak aku dok tanya tv tu cakap video apa. Dia suruh aku pergi beli video tu. Dia nak tengok. Haru aku!!"
Lelaki B : "Hah? berapa umuq anak hang?"
Lelaki A : " Darjah satu. 7 tahun"


Kemudian pintu lift terbuka, dan dua orang lelaki tadi keluar.


Aku masih didalam lift sambil terfikir, bagaimana penerimaan kanak-kanak lain ketika mereka menonton berita ataupun membaca berita tentang kecohnya isu Video ini. Sedangkan kita yang dewasa pun jadi pening dengan berbagai laporan. Kerana politik, kuasa dan wang harga diri manusia makin hilang.


Setiap kali nak buat pilihanraya, barulah keluar macam-macam cerita. Ada yang nyata dan ada yang sekadar direka cipta. Malangnya bagi bangsa kita, kerana keburukan Melayu juga dijaja.
Alahai.......

5 comments:

wanahaf said...

haha, hari ini politik mendahului segalanya... rakyat semakin diperbodohkan... sama seperti zaman penjajah sewaktu dahulu kala. kini umno pula menjajah pemikiran orang melayunya sendiri...

Hamba kerdil said...

1 lagi usaha untuk menjatuhkan Datuk seri Anwar...

AL-BIMA SAKTI said...

Suka buat yg buruk, maka banyaklah kelihatan yg buruk2...

Bila Diary Bercerita said...

Wanahaf,

Mereka asyik berpolitik, minda pun semakin sempit.


Hamba Kerdil,

Mungkin DSAI juga pernah melakukan kesilapan dan menyakiti hati insan namun menjatuhkan beliau dengan cara sebegini menunjukkan manusia telahpun hilang sifat KEMANUSIAAN!


Al-Bima,

Apabila mereka bersikap buruk... tak jauh bezanya dengan perangai Beruk! Politik Malaysia memang teruk...

Hamba kerdil said...

sy stuju dgn akak... semoga mereka dikurniakan petunjuk dan hidayah sementara tubuh masih bernyawa..

Menjaga aib dan menjaga hukum Allah swt

 Menjaga Aib dan menjaga hukum Allah swt   Semenjak dua menjak ini, dalam laman sosial bertebaran cerita dosa dan aib manusia disebarkan...