Jodoh itu rahsia Allah swt

 

Mood masih lagi terkejut. Kenapa dia memilih untuk menjadi isteri ke 2. Kalaulah temanku ini meminta nasihat, pasti ku nasihatkan untuk mencari yang lain sahaja. Menghadirkan diri ke Majlis raikan cinta mereka semalam baru ku tahu kedudukan perkara.
 
Yelah, jodoh itu urusan Allah swt. Mungkin ini yang terbaik untuk dia setelah sekian lama mencari jodoh tapi tidak juga bertemu. Dan ketika melihat isteri pertama turut serta dalam majlis mereka, berbagai perkara bermain di minda. Redhakah dia pada teman ku ini. Berlapang dada kah beliau menerima seorang madu?

Teman, ku nasihatkan layarilah bahtera rumahtangga dengan penuh kesabaran. Semoga Nakhoda yang dipilih mampu menempuh gelombang dan segala cabaran. Bak kata orang bukan senang beristeri dua. Silap percaturan semua merana.
 
Tapi ketahuilah teman, untuk dirimu ku doakan yang baik-baik sahaja. Sentiasalah bertolak ansur pada ketika yang perlu. Jagalah hak masing-masing. Sayangilah anak-anak isteri pertama seikhlasnya. Semoga kalian semua  bahagia hingga ke JannahNya.

Bunga Melati Bunga Seroja
Harum mewangi di dalam taman
Ikatlah kasih hingga ke Syurga
Kekal bahagia dalam perkahwinan


Mulut seakan terkunci untuk terus berbicara. Lantas ku luahkan rasa hati dalam Diary....

No comments:

Sebuah coretan pada diary

Setelah lama tidak menulis, aku kehilangan kata-kata. Sebenarnya ingin ku tulis berbagai cerita namun kekangan waktu selalu sahaja membatask...