Raya Haji tahun ini pastinya menjadi sejarah kerana penyakit Covid19 yang melanda dunia belum lagi hilang dari muka bumi. Di Malaysia, kes kembali meningkat kepada 2 angka. Hmmm.....rakyat Malaysia pun ada jenis yang degil tak dengar kata. Tak peduli dengan SOP yang pihak kerajaan umumkan. Bila dah sakit nanti baru la sedar diri agaknya.
Tak nak mengomel panjang. Cuma nak bagi pesanan ikutlah SOP yang pihak kerajaan tetapkan walaupun kita nak sambut Raya besok. Yang penting pastikan pakai topeng muka ditempat awam dan tempat sesak ya. Jaga jarak masing-masing. Jaga diri dan jaga keluarga.
Yang melakukan ibadah korban, semoga amalan kalian diterima oleh Allah swt.
No comments:
Post a Comment