Resepi Air Halia ketika badan masuk angin

Badan masuk angin?

Jom cuba petua dari dapur. Orang tua-tua pesan kena minum air halia. Tapi kan kalau minum air halia kosong semata mestilah rasa tak sedap. Terasa maung halia tu tak lalu nak minum. Ada beberapa cara nak minum air halia ni.

Resepi pertama:-

Hiris Halia berukuran lebih dari seinci. Rebus dengan air. Sukatan Air dalam 1 gelas setengah tu. Rebus sehingga tinggal 1 gelas je. Bila dan suam-suam air tu boleh campur dengan sedikit madu ketika nak minum.

Resepi kedua:

Hirisan Halia direbus bersama dengan 1 batang serai dan 1 helai daun pandan. Serai tu ketuk-ketuk je. Letak gula batu seketul kalau suka. Dah suam boleh minum.

Resepi ketiga:

Yang ni lebih kepada rasa sedap sebenarnya. Hihihi…Resepi Teh Masala. Orang India suka minum teh berempah ni tau. Boleh minum campur susu atau letak gula sahaja. Jangan terlebih letak susu atau gula tu. Nanti kena potong kaki. Jom cuba resepi Teh Masala yang memang sedap diminum ketika cuaca hujan. Ianya boleh memanaskan badan juga.

Hirisan Halia direbus bersama dengan 2 ketul Bunga Lawang, 2 batang Kulit Kayu Manis, 3 biji Buah Pelaga, 4 kuntum Bunga Cengkih dan seuncang atau 2 uncang teh. (Jenama Teh ikut suka korang lah) Masa merebus aroma wangi rempah harum jer satu rumah. Sesetengah orang suka campur dengan 1 sudu kecil Jintan. Ikut la selera tekak masing-masing. Tapi 4 jenis rempah tu pun dah memadai. Boleh letak susu ala-ala Teh Tarik berempah. Mak dikampung kalau minum lebih suka letak gula jer sedikit. Tekaknya tak boleh terima teh berempah campur susu.


Bila badan masuk angin akan menyebabkan rasa sakit-sakit tubuh badan juga. Kalau dapat cari tukang urut, pergilah berurut. Sebab tu kalau orang dalam pantang mesti berurut untuk buang angin dalam badan. Orang perempuan ni kena jaga badan betul-betul. Ambil tahu lah petua orang-orang tua/lama yang banyak pengalaman. Mana yang elok petua tu tak rugi untuk orang-orang muda/moden ikut. Yang muda pun akan berusia juga. Tidak selamanya muda. Tengah muda mungkin rasa kuat la rasa tak perlu berpantang. Tunggu bila dah bahagi 2 umur tu. Bila umur dah meningkat 40an pasti akan terasa lain. Bab-bab pemakanan ni kena jaga. Kalau kau bedal segala bukan pantang la namanya. Tu pantang tengok.

Penat bebel pada adik yang tidak menjaga pantang sangat. Bertungku pun culas dulu. Sekarang mengadu badan selalu masuk angin. Anak baru jer nak masuk 6 bulan. Haissh…..tu la tak nak dengar cakap. Bila anak menyusu badan, kalau ikut petua orang tua, pemakanan kena jaga juga. Tak boleh suka hati makan makanan yang ‘berangin’ dan ‘sejuk’ ni. Orang muda katanya tiada kajian sains sayur-sayur tertentu tak boleh makan. Ibu lepas bersalin dan menyusu baby memanglah kena makan banyak sayur. Tapi bukan semua jenis sayur. Ulam pun bukan semua jenis ulam.

Kalau sayangkan diri sendiri, kena jaga badan. Kena jaga kesihatan. Bak kata orang tua badan nak pakai lama weh…bukan ada barang ganti boleh beli dikedai ‘pomen’.

Nanti boleh juga simpan dalam Diary jenis-jenis pemakanan dalam pantang untuk pedoman anak-anak dimasa hadapan. Manalah tahu jika makin berumur nanti, ingatan pula makin terhakis. Boleh juga dirujuk dalam laman Diary.


Menjaga aib dan menjaga hukum Allah swt

 Menjaga Aib dan menjaga hukum Allah swt   Semenjak dua menjak ini, dalam laman sosial bertebaran cerita dosa dan aib manusia disebarkan...