Buat catitan dalam Diary untuk kenangan kemudian hari apa yang dirasa pada Aidilfitri tahun 2021.
Semua perancangan untuk beraya berpusing
360 darjah dek kerana perintah pihak kerajaan untuk mengenakan sekatan hanya
berhari raya dirumah sendiri sahaja. Terus hilang mood. Anak-anak juga mengeluh
tidak dapat pulang ke kampung.
Juadah hari raya masak sekadar perlu untuk makan sekeluarga. Mujur boleh buat panggilan video pada mak abah dan adik-adik semua. Terasa la jugak kecoh bersembang dalam talian walaupun beraya secara maya sahaja.
Entah bila la agaknya kita semua akan menang berperang dengan Covid19 ini. Kes baru semakin hari semakin tinggi angkanya. Nak masuk ke pejabat pun terasa cuak. Hari ini 8 Syawal, kalau dulu tentunya ramai yang masuk bekerja membawa juadah raya untuk dikongsi bersama rakan sekerja. Sekarang dengan SOP baru tidak lagi dibenarkan makan bersama atau sebarang majlis/jamuan raya. Satu keadaan yang tidak pernah kita rakyat Malaysia jangkakan.
Apapun, binalah kegembiraan untuk diri sendiri menyambut Syawal. Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin. Bagi mereka yang dah mula masuk ke pejabat tu, bekerjalah dengan ikhlas dan sentiasa jaga diri agar kuman Covid19 ini tidak mendekati diri kita dan keluarga kita.
No comments:
Post a Comment