Pas masuk Umno atau Umno masuk Pas??

Beberapa hari ni kecoh seantara negara dengan isu Muzakarah/Mugabalah antara Pas dan juga Umno. Jika ditakdirkan dua parti ini bergabung apa kelebihannya? Aku cuma dapat senaraikan 4 perkara aje:-

1) Hukum Islam terlaksana
2) Melayu dan Institusi Rajanya terpelihara
3) Gejala Sosial dikawal selia
4) Iman makin tinggi darjatnya

Tetapi berapa ramai rakyat yang faham hala tuju Pas bertemu dengan Umno ini? Bersediakah Pak Lah, MT dan akar umbi Umno itu sendiri menerima parti baru?

**[Ramai lagi rakyat jelata yang masih angguk-angguk, geleng-geleng tak mengerti apa yang terjadi]

4 comments:

Nafastari said...

Saya cabar suku sakat UMNO untuk menyahut seruan Nik Aziz. Pokoknya, Agama Islam yang menjadi tunjang, bukan bangsa Melayu.

Hartini Omar said...

umno dah terdesak kak.. time nyawa2 ikan ni, sesiapa pun sanggup jilat balik ludah sendiri! shameless!

Rajuna said...

saya rasa,

kita sepatutnya lebih beri tumpuan kepada isu-isu seperti najis mughalazah dan lain-lain.

saya tengok kadang-kadang orang kita sukar dan kurang input pasal perkara2 ibadat ni.cakap pasal politik je kadang sampai amek ringan isu2 ibadat ni.

eh lari tajuk eh?
soowryy..keh keh

Bila Diary Bercerita said...

Ahmad, Tini & Rajuna

Kadang-kadang apa yang tersurat itu tidak mengambarkan maksud sebenar. Pas tidaklah merendah diri untuk masuk dalam kumpulan umno walaupun ada ahlinya lebih umno dari parti itu dan UMNO juga rasanya agak payah untuk menerima PAS dalam keadaan rela..

Cuma PAS & UMNO perlu ada satu tekad yang sama untuk memelihara akidah umat islam malaysia. Tak perlu bertelagah sesama sendiri. Kaum lain yang untung nanti. Masa tu Melayu Islam jugak yang sakit hati.

Sebuah coretan pada diary

Setelah lama tidak menulis, aku kehilangan kata-kata. Sebenarnya ingin ku tulis berbagai cerita namun kekangan waktu selalu sahaja membatask...