Wednesday, July 16, 2008

Persoalan yang belum terjawap

Ketika ini dalam minda ku membentuk soalan-soalan berikut:-
1) Bila Menteri Penerangan tu nak letak jawatan?
2) Siapa pengadil sebenar dalam Debat malam tadi? Wartawan? Penonton? Penyokong? Atau siapa ?
3) Tengahari tadi Dato Seri Anwar telah ditahan. Bila pulak akan dibebaskan?
4) Selain tuduhan Liwat, apakah akan ada tuduhan yang lain pula?
5) Apa perasaan Tun Mahathir & Dato Najib?
6) Apakah akan ada demontrasi jalanan berhubung dengan penahanan DSAI ini?

Kita tunggu dan lihat..........

12 comments:

AhmadWM said...

Dalam kepala saya bermain soalan2 seperti berikut:

1) Kenapa ada buih putih di tepi bibir mulut Menteri Penerangan? Adakah kerana dia terlalu banyak merapu?

2) Kenapa Saiful yang masih muda jelita itu hanya membiarkan saja Anwar yang dah tua & sakit belakang tu meliwat dia? Adakah dia menggemarinya pada awalnya dan sekarang sudah menyesal dan ingin bertaubat?

3) Kenapakah Abdullah tidak meletak jawatan lebih awal?

4) Adakah kita mempunyai calon alternatif yang lebih bermoral dan berintegriti untuk menjadi PM yang ke seterusnya?

Hartini Omar said...

kak aishah dan ahmad,
-saya tidak mempunyai jwpn kpd persoalan yg bermain2 di minda kita
-namun sy telah amat bosan dan masak dgn perjalanan politik negara yg kotor dan penuh nista
-dalam ngr kt, pkr yg tidak ada boleh di'ada'kan mengikut suka, dan tiada pihak yg mampu berbuat apa2
-alangkah ruginya kita mendapat pemimpin yg tidak tahu apa yg dituturkannya
-seolah2 rakyat semua BODOH dan senang untuk dikuda-kuda
-yg pnting sekali, ada bangsa manusia yg tak reti2 bahasa bhw rakyat dan tak suka.. kalaulah saya, apa lagi? angkat kaki jalan-LAH

-kak, pengadil pd malam berlangsungnya debat itu tentunya rakyat jelata.. dan kita maklum sudah siapa kecundang dan siapa jd juara

waterlily said...

Tapi media arus perdana nampaknya sudah pun menghakiminya.

Menjilat punggong tuan-tuan mmereka.

Soalan saya? Betulkah orang nombor dua negara itu bersih? Benarkah ada peralihan kuasa nanti.

Entah..saya melihat jijiknya politik.

Aishah. Terima kasih ke blog saya. Salam kenal :)

aishah jamal said...

Ahmad , Tini & Water Lily,

-Yang pasti, Polis makin pening nak cari(atau cipta?) bukti.

-Menteri yang ada hanya fikir periuk nasi mereka & juga kroni

-Rakyat jelata jugaklah yang duka nestapa menanggung peritnya derita dengan suasana ekonomi yang tak tentu hala

xrajunax said...

jawapan dari semua soalan adalah
kita hanya duduk depan tv dan terima bulat2 apa yang dikatakan.

angguk angguk iya iya geleng geleng

aishah jamal said...

Sdra Xrajunax,
Terimakasih kerana sudi berkunjung ke blog akak.
Lepas ni kita tengok berita TV pasti lebih banyak cerita pasal pemilihan dalam UMNO
Maka cerita penderitaan rakyat dengan kenaikan harga barang makin tenggelam.

wszuriati said...

Amboi kakakku, makin berisi ye tulisan awak. Tapi sayang la... saya adalah daripada seribu orang tak tengok debat malam tu kerana umah sewa takde TV...so tak boleh beri jawapan pada persoalan tu.

aishah jamal said...

Zu,
He..he.. rugi lah mu tak tgk debat tu. Akak rasa lepas ni kalu kerajaan nak benarkan debat terbuka lagi hanya 49% je

Amiene Rev said...

Hayakallah,

Dunia ini lebih banyak yang aneh-aneh daripada yang biasa-biasa.

Aishah Jamal said...

Amiene Rev,
-Kunjungan Sdra ke blog saya amat dihargai.
- Mungkin yang 'aneh-aneh' itu membuatkan minda bekerja. Mungkin kalau sekadar yang biasa-biasa jadi malas berfikir

Suka Bebel said...

usah penin penin mau pikir hal hal politikus yang amat menyiksakan rakyat.tak habis habis. skg ni boleh beli keta mahal mahal di kala krisis ekonomi. kambing betul

Aishah Jamal said...

Kejutan-kejutan politik makin meresahkan....