Wednesday, July 09, 2008

Family Day - Awana Kijal, Trengganu





Best betul bila dapat pergi "Family Retreat" 5 & 6 Julai 2008 di Awana Kijal, Trengganu.
Aku berikan 4 bintang setengah pada para Comittee yang bertungkus-lumus menjayakan trip kali ini. Ramai tu... lebih kurang seribu orang gak termasuk anak-anak. Bas dari KL je dah 6 buah bas. Tak termasuk yang berkenderaan sendiri. 'Door Gift' dapat selimut tebal lagi. Malam tu jugak si Ammar dah rasmikan. Bilik pun ok. namapun hotel 5 bintang. Cantik betul hotel ni.

Masa kitaorang sampai kul 3 ptg tu anak-anak dah sabar nak mandi laut. Si Aqillah nak terjun kat kolam renang je. Jenuh nak suruh dorang ni sabar sikit. Lepas asar baru le aku bawa anak-anak turun. Sebelum tu dorang dah berenang dalam bath tub bilik air je.... he..he...
Elok dah sampai lobi hujan pulak turun dengan lebatnya sekali dengan kilat. Swimming pool tutup sekejap. Lepak dan berlegar-legar lah kitaorang empat beranak kat sekitar hotel tu sebelum hujan reda. Lepas tu barulah dapat gi pantai. Abah mereka sakit gigi + sakit kepala pulak. Dia lepak kat bilik jelah...

Dinner kat 'Banana Plantations' Huh!. Makanannya semua sedap-sedap. Rasanya ini family day trip yang paling best yang majikan aku anjurkan. Lucky Draw - dapatlah periuk sebiji. [Asyik nak kena masak le ni..... he...he..he..]

Trip kali ni dapat complimentary naik 'Banana Boat' tapi aku tak sempat untuk merasai keseronokkan melakukan aktiviti ini. Cuma cik Abang & Aqillah je dapat naik bot. Masa tu aku sibuk nak tengok Ammar & Alya masuk telematch. Dapat gak le dorang kumpul hadiah.
Nak tengok gambar? Sorry le. Masa kat highway baru teringat tak bawa kamera. Gambar yang kat atas tu pun menempel kat kamera kawan. Adalah juga kenangan.

10 comments:

Hartini Omar said...

kak aishah,
-dapat periuk? untung tuh..
-sy pernah ke awana kijal dulu dengan famili, menginap 3hr2mlm sambil lepak2 hirup angin pantai.. memang hebat..
-rindu kt ganu, kat keropok lekornya, kat pantai dan deru anginnya..
-entah bila boleh kembali ke sana

aishah jamal said...

Tini,
Pantai kat Ganu memang best. Bersih dan jernih.
Kalau ktorg balik ke kg Bari memang anak-anak teruja nak mandi kat pantai.

super lotto results said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Ahmad WM Omar said...

Amboi! Dtg ke sempadan kita x bagi salam pun!!! Haha...
Looks like U had a great time!

wszuriati said...

Amboi hang balik ganu ye..tak kabo kita pun. Sorry lama tak berkunjung ke blog akak. Sebenarnya strymex kt umah tak jadi dah sebulan...wa..wa tensennya..

Zu tengah exam ni... doakan kejayaan untuk kita ye..

Sweety Candy said...

I want to go to Awana !

aishah jamal said...

Ahmad & Zu,
Akak kerja hari Isnin berikutnya. Sebab tu tak leh nak singgah kampung. Lepas check out terus balik kl. Singgah kemaman beli kepok lekor & lepak kat pantai cherating pun kejap je. Plan asal ktorang nak singgah Kuantan lepas tu tp tak jadi takut budak-budak penat.

aishah jamal said...

Hanees,
Cuti sekolah nanti ajaklah Mummy bercuti ke Awana. Tempat tu best tau.

Maswafi Abd Samat said...

Ni yang sei marah ni. Masa sei koja kat faber tak best pun macam ni!!!!!!!!!!!

Aishah Jamal said...

Wafi,
Takpe... akak cadangkan awak bulan madu kat awana je nanti. He..he..he.. :)