Monday, August 25, 2008

Main Sumpah-Sumpah

Dollah - "Wooi! Apa ni. Tak baiklah main sumpah-sumpah. Korang tak ingat ke cerita Gajah kena sumpah dengan Sang Kelembai? Cerita tentang Batu Gajah tu?"

Sepol - "Sumpah! Lah. Si Nuar tu 'tenet' aku semalam. Kau faham ke tak makna tenet ni? Habis sakit badan aku di tenetnya. Kalau tak caya meh aku tunjuk badan aku yang lebam ni. Kalau tak pun, kau suruh je si Nuar tu sumpah pulak."

Dollah - "Huh!. Ntah hapa-hapa..."

Ajib - "Aku caya cakap kau Pol. Aku pun nak bersumpah gak. Sumpah! Lah... Aku tak kenal pun si Alan anak Cina Tuu Yaa tu"

Dollah - "Sikit pun aku tak percaya lah Ajib. Nuar dah tunjuk kat aku gambar ko masa pergi rumah Alan!."

Ajoi - "He....he....he..., seronok pulak dengar korang main sumpah-sumpah ni. Aku pun nak join sekali boleh tak?"

Dollah - "Ko jangan sibuk!. Baik kau pergi jaga lembu-lembu kau kat padang tu. Karang kalau lembu tu hilang rugi pulak bisness bapak kau. Eh! tengok kat atas dahan pokok tu...nampak macam 'Sesumpah' je..."

Dollah - "Wooi! Jom Blah lah wooi.... Karang tak pasal-pasal kita semua kita sumpah dengan Sesumpah tu...."

7 comments:

Anonymous said...

Wah, Wah, Wah... kemain lagi ko menulis ye.

Rajuna said...

oi oi
sumpah pegang buku matematik la kalau berani!!

Kunang-Kunang said...

Aku tak sangka pulak ko ex-4B bule tulis camni. Macam manapun Anwar dah menang di Permatang Pauh. Tahniah lah.
Aku rasa menang sumpah le tu!

Aishah Jamal said...

Anonymous,
Idea tu kadang-kadang datang tanpa dipinta. Tulis aje apa yang terlintas dikepala.

Rajuna,
He..he.. dalam makna 'matematik' tu. Asas Ekonomi.

Kunang-Kunang,
Sumpah dan sampah macam dekat-dekat je bunyinya. Betul kan?

Ahmad WM Omar said...

Hehe.. Dah jadi semakin kreatif plak!

Al-BIMA SAKTI said...

salam... tumpang sekeh sket...jgn main sumpah-sumpah. main sesumpah takpe. ingat tuh...salam tersinggah...

Aishah Jamal said...

Ahmad,
Terasa puas dapat berkongsi rasa pada yang sudi membaca.

Bima Sakti,
Mungkinkah cerita sumpah terhenti disini?