Ada sesapa nak buat Roti?

Resepi Roti ni aku dah cuba beberapa kali. Ternyata menjadi. Anak-anak pun suka. Korang cubalah buat pulak ye.

Basic Sweet Dough
Bahan A:-
330 gm High protein flour (sesetengah kedai dia sebut tepung roti)
1 1/2 tbsp Milk powder
60 gm Gula Caster

Bahan B:-
1 biji Telur - grade A

Bahan C:- (Mixed together)
120 ml Water
10 gm Instant Yeast (biasa guna Mauripan je)

Bahan D:-
40 gm butter

Cara-caranya:-

Campurkan bahan A didalam mixer. Putarkan perlahan sehingga sebati dan masukkan bahan B dan bahan C. Putarkan dough tersebut selama 5 minit untuk menjadi lembut. Akhir sekali masukkan bahan D, putar selama 5 minit sehingga doh menjadi lembut dan elastik.

(untuk pengetahuan korang aku tak guna mixer pun, tapi uli tepung tu secara original guna tangan. Letih le juga. Tapi berbaloi. Pastikan doh tu lembut boleh diregang/ditarik. )

Letakkan doh didalam mangkuk. Tutup dengan tuala lembab dan biarkan ia selama 30-40 minit sehingga double size. Selepas itu tumbuk doh tersebut (ini dipanggil proses buang angin)

Timbang setiap doh kepada 60gm. Leperkan doh dan masukkan inti (ikut suka sama ada kacang merah atau kaya) kalau nak kosong pun ok juga. Rehatkan doh selama 5-10 minit sehingga ia mengembang sedikit.

Kalau suka sapukan telur(yang telah dipukul) diatasnya dan bakar selama 12-15 minit pada suhu 180c

Ataupun boleh juga sapu butter diatas roti setelah roti masak.

8 comments:

Hartini Omar said...

hehe.. sy akan cuba resepi ni.. err silap, sy akan suruh mak sy cuba resepi nih. hehe

mak mmg meniaga kek, dan suka buat muffin. roti x penah lagi. kalau jd ni kak, suruh mak meniaga roti pulak lah ;) haha

selamat berpuasa kak

AL-BIMA SAKTI said...

salam;

selamat berpuasa...

WS Zuriati said...

mcm susah je buatnya. nanti balik raya kita buat ye..akak buat demo ye.. selamat berpuasa. nanti balik raya orang nk buat suprise!!!

Bila Diary Bercerita said...

Tini,
He..he.. nanti bolehlah buat roti untuk makan sahur ye.

Bima Sakti,
Selamat berpuasa dan selamat mengerjakan amal ibadah dibulan yang mulia ini.

Zu,
Raya balik Ganu tak syok le makan roti. Akak nak makan ketupat dan tapai. Uuuiii, apa agaknya suprise tu ye?

Lily Abdullah said...

Salam Ramadhan :)

Bila Diary Bercerita said...

Water Lily,
Selamat berpuasa untuk Lily & keluarga.

chef din said...

Hai Aishah, U buat roti tu utk anak u ke? So, saya cadangkan u tambah di dalamnya raisin. Bila siap bake, dan roti sedikit sejuk, potong di bhg tengah, sapukan batter cream. Pasti anak u girang. Sesuai utk minum petang bersama suami dan anak-anak.
Lawatlah laman, blog saya, chefdinrambo.blogspot.com
Selamat mencuba.

Bila Diary Bercerita said...

ChefDin,
saya dah cuba... memang sedap.

Sebuah coretan pada diary

Setelah lama tidak menulis, aku kehilangan kata-kata. Sebenarnya ingin ku tulis berbagai cerita namun kekangan waktu selalu sahaja membatask...