Salam Lebaran


Alya : "Mama, bulan tu ada anak ke? Anak dia baby bulan ya Ma?"
Mama : "Ko ni Ya, dah macam cerita Upin-Ipin je. Mana bulan ada anak kecik."
Alya : "Abis anak bulan tu camna?"
Mama : "Anak bulan tu macam nampak garisan cahaya kecil. Macam bulan sabit tapi kecik lagi rasanya"
Ha...ha...ha... kantoi aku. Tak tau nak terangkan macam mana pada Alya pasal rupa anak bulan ni. Hmm....minggu ni anak-anak asyik dok mengira hari nak raya. Dah tak sabar katanya. Yang paling haru sebab dorang merungut kenapa aku kena kerja lagi pada hari isnin 29hb nanti. Dorang semua dah cuti sekolah sebab tu tak sabar nak balik kampung. Aku mungkin akan pulang ke kampung pada malam tu...Tapi kampung yang mana satu dulu ni??
Kalau ikutkan giliran patutnya tahun ni balik kampung aku dulu then baru balik Ganu. Tapi entah kenapa suami pula minta agar raya kali ni balik Ganu dulu pas tu baru balik Perak. Camna yek? mula-mula tu cam tension le gak sebab tak ikut turn. Tapi sebagai isteri terpaksalah aku bermuhasabah diri ikutkan ajelah kalau betul kena balik Ganu dulu pun takpelah. Lepas tu balik Perak gak. Cuma program yang dah diatur bersama adik-adik aku tak dapatlah disertai sekali. Hu..hu..hu..sedihnya... Kalu aku balik kg sendiridulu, raya ni kami adik beradik seramai 9 orang akan berkumpul sekali. Kesian dorang aku kakak yang sulung tak join sekali dipagi raya pertama. Takpelah harap-harap dorang akan tunggu aku balik dari Ganu raya ke 2 atau ke 3 nanti.
Dikesempatan ini juga aku ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Lebaran buat semua yang singgah diblog aku ni. Bagi yang memandu, pandulah dengan cermat agar raya kali ini lebih bererti. Sempena ketibaan Syawal ini juga aku mohon maaf jika ada nurkilan ku yang menyinggung hati anda serta selamat menikmati ketupat, rendang dan juga lemang....
Salam Aidil Fitri untuk semua.......















6 comments:

Hartini Omar said...

sy tak pernah merasa rebut2 nak balik kmpung mana dulu kak. mak org kl, ayah org subang (dkt gak ngan kl).. hr pertama lps smayang raya, ktorg balik dua2 kampung skali.. stakat ni dah terbiasa dan rs mcm bahagia

tp x tau la sy kawen nnti dpt org mana.. jgn nnt pakat gaduh dah laa.. hahahaha.. (kuat brangan!)

selamat hari raya kak,
maaf zahir batin

Lily Abdullah said...

Salam Lebaran Aishah. Maaf zahir batin:)

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Kak Aishah, saya pun nak mintak maaf kalau-kalau ada rasa kecik hati ke, marah ke dgn saya atau terasa ke...manalah tau, kadang2 apa yang saya cakap tu secara tak sengaja buat orang terasa hati :)

Selamat menyambut kedatangan Syawal

Bila Diary Bercerita said...

Tini,
he...he.. akak nak tunggu cerita Tini bila lepas kawin nanti.

Water Lily,
Semoga rahmat Allah sentiasa bersama kita semua dihari raya.

Zakiah,
Terimakasih kerana sudi singgah blog akak ni. He..he.. akak pun sama nak minta maaf ngan awak kalu ada tersalah bicara.

AL-BIMA SAKTI said...

SALAM LEBARAN...

SOHAINA MOHD SALLEH said...

selamat ari raya aidilfitri

Sebuah coretan pada diary

Setelah lama tidak menulis, aku kehilangan kata-kata. Sebenarnya ingin ku tulis berbagai cerita namun kekangan waktu selalu sahaja membatask...