Novel terbaru dalam simpanan

Entah bila masa pulak aku boleh mula membaca 2 novel yang baru ku beli ini.

1) Hijab Sang Pencinta - oleh Ramli Awang Murshid
2) Saasatul Ibaad - oleh Faisal Tehrani

Tak sabar sebenarnya nak baca novel ni. Tapi sekarang tengah banyak kerja le pulak. Balik rumah dengan kerja-kerja rumah lagi. Malam dan penat terus tidur je... Tak berkesempatan untuk membacanya. Hujung minggu bulan Syawal ni dah ada jemputan beraya pula.
Tapi aku percaya kedua-dua novel ini memang best. Hijab Sang Pencinta adalah sambungan dari novel Bagaikan Puteri & Cinta Sang Ratu. Aku minat betul dengan watak Laksamana Sunan yang dicipta oleh penulis novel ini.

Mungkin aku akan tulis pendapatku bila dah selesai membaca novel-novel ini.

Malam nanti nak tengok 'Ayat-Ayat Cinta' di TV3. Dulu masa baca novelnya sampai nangis-nangis. Tak tahulah pulak bila dah dok kat depan tv malam karang. Mungkin kena sediakan kotak tissue kot..... he..he..he...kalu aku nangis for sure kena gelak dengan anak-anak nanti. Eeeiii, kena control ayu sikit le jawapnya.

4 comments:

kak ja said...

Salam Aishah,
Kja pun ada menonton Ayat2 Cinta di tv bebaru ni.. Sygnya dah dkt nak habis citer, terlelap pulak..

Bila Diary Bercerita said...

Kak Ja,
Layan novel lagi best drpd movienya.. tapi kira ok lah.

Hartini Omar said...

sy pun da lm tak bergelut dlm nenovel ni kak.. sy pun jenis soft-hearted. kalau baca kisah cinta, mesti nak mengalir air mata

tp lebih suka kisah masyarakat dan kekeluargaan. kalau nak cinta, mesti pastikan cinta sejati. bukan cinta yg tersinggul bahu terus jadikan bini =P

Bila Diary Bercerita said...

Tini,
Lepas ni akak teringin pulak nak kumpul semula cerita-cerita hikayat..entah bila masa akan tercapai tak tau lah. Sekarang ni bila dah ada anak kena lebihkan buku anak dari buku mak. he..he..

Sebuah coretan pada diary

Setelah lama tidak menulis, aku kehilangan kata-kata. Sebenarnya ingin ku tulis berbagai cerita namun kekangan waktu selalu sahaja membatask...