Pinggan Mangkuk yang berbahaya??




Pagi ni aku terima satu e-mail yang mengatakan jangan guna pinggan mangkuk drpd Melamine. Hmm.....korang bacalah tentangnya. Aku dah cut & paste kan kat bawah ni... Dulu-dulu ramai makcik-makcik kat kampung pakat-pakat buat rombongan pergi Langkawi beli pinggan-mangkuk ni. Murah kat sana. Hah! sekarang dah dikira bahaya le pulak... So, pinggan kat rumah tu nak buat apa? He..he..he... makan guna Daun Pisang lagi senang. Nasi pun jadi sedap & wangi. Lepas tu tak payah basuh campak terus. Senang kerja.
"Tolong sebarkan email ini jika anda sayangkan rakan-rakan dan keluarga anda!!Kebanyakan pinggan plastic di Malaysia dibuat daripada MELAMINE yang mengandungi 'urea formaldehyde' dan sangat berbahaya kepada kesihatan. Urea Formaldehyde adalah sejenis bahan yang biasanya digunakan untuk membuat bekas barangan electric dan 'insulation' wayar electrik. Bahan ini amat berbahaya jika memasuki badan manusia. Ia boleh menyebabkan masalah sistem penghadaman, masalah pernafasan, batu karang, kegagalan buah pinggang, cancer pundi kencing dan kerosakan sistem pembiakan."
Kebanyakan restoran-restoran di Malaysia juga menggunakan pinggan jenis ini kerana ia tidak mudah pecah dan kelihatan cantik seperti pinggan ceramic. Mudah sahaja untuk mengenali pinggan mangkuk yang diperbuat daripada melamine. Pada kebiasaanya di bawah pinggan ini tertulis MELAMINE. Tetapi pinggan-pinggan melamine yang di buat di Thailand atau China selalunya tidak menulis perkataan ini di pinggan tersebut. Mangkuk pinggan melamine dari Thailand adalah jenis paling berbahaya disebabkan bahan kimia yang terdapat dalam pinggan mangkuk tersebut sangat mudah 'leech out' ke dalam makanan kita, terutamanya jika makanan itu panas. Oleh itu elakkan semua pinggan mangkuk plastik yg kelihatan berkilat seperti seramik, kerana ia kemungkinan besar adalah melamine.Selain itu, bahan MELAMINE ini juga boleh bertindak-balas dengan bahan makanan dan membentuk racun yang lebih berbahaya, iaitu melamine cyanurate. Bahan ini akan membentuk crystal seperti kaca yang boleh merosakkan salur darah dan buah pinggang. Baru-baru ini kecoh berita tentang pencemaran melamine di dalam susu kanak-kanak. Kira-kira 15 bayi telah mati dan beratus-ratus sakit buah pinggang di China disebabkan oleh bahan ini. Pada tahun 2007 juga, telah kecoh di Amerika Syarikat kerana bahan melamine yang mencemarkan makanan haiwan peliharaan telah membunuh beratus-ratus binatang peliharaan. Ini adalah bahan yang SAMA digunakan di dalam pembuatan pinggan melamine. Pinggan-mangkuk melamine ini banyak dijual di pasaraya di Malaysia termasuk di TESCO, GIANT, MYDIN, CARREFOUR dan byk lagi.
Untuk keselamatan, gunalah pinggan yg dibuat dari kaca atau seramik kerana bahan ini adalah sangat 'stable' dan tidak beracun.Banyak kerajaan di Eropah , New Zealand , kerajaan Amerika Syarikat, dan juga kerajaan UAE telah mengharamkan semua mangkuk pinggan yang diperbuat daripada melamine.
So, macam mana? Masih berani nak gunakan pinggan mangkuk Melamine? Bagi aku guna jelah..sampai dia dah jadi buruk baru buang. Pinggan Melamine ni bukannya tahan lama manapun. Siapa kata tak pecah? Kat rumah aku ada pinggan Melamine yang pecah. Pinggan ni pun akan cepat meresap warna kunyit. Cubalah letak masak lemak cili padi kat dalam tu....jawapnya payahlah bila nak mencuci nanti.
Lepas ni kita semua pakat-pakat beli barang arcopal, arcoroc, pyrex, corning ware dll. Camna? He...he...he.. tapi poket aku sekarang ni tak ter pyrex & ter corning nyer... kita kumpul pinggan free dah lah terutama daripada 'darlie' & sabun kain entah brand apa tak ingat le pulak.

6 comments:

Hartini Omar said...

isu melamine ni da mcm politik dlm malaysia pulak kak. ntah betul ntah tidak. maklumlah org mesia, cpt aje percaya bab2 makanan ini ada bhn ini, mknn itu ada bhn itu.. ish, tak tau la

selama ni pakai takde jd apa pun. mandang sakitnye.. mcm akak ckp la, gune pinggan free senang. dan la kaca, tahan lasak juga. beli lah sabun daiya! ;) haha

AL-BIMA SAKTI said...

salam,

macam-macam bahaya dalam makanan la ni...

lagi maju teknologi lagi hampeh...
lagi cepat kubur kata mari...

Bila Diary Bercerita said...

Tini,
kalu semua nak diambik kisah..mati meragan tak makan. Dulu heboh sekejap kisah bahan plastic tak elok bila rebus nasi impit segera. Raya kali ni pasal pinggan pulak. Tahun depan entah apa pula ceritanya.

Bima Sakti,
Bukan semua teknologi memudahkan hidup kita dan ada 'harga' yang perlu kita bayar atas kemajuan teknologi itu.....
He..he.. tetiba teringat pulak makan nasi dalam buluh. Huii!..sedapnya.

kak ja said...

Salam kenal dan salam aidilfitri.. Kak ja masuk sini dari blog Water Lily..

Masa memula timbul bab susu tercemar melamine tu, kak ja dah tersentak.. sebab dah berbelas tahun kja pakai pinggan mangkuk melamine.. Tak mudah pecah mcm kaca dan lbh ringan skit.. Kja rasa ginilah, kalau mmg dah ada pinggan mangkuk kaca dlm umah, eloklah tukar pakai yg kaca..Nanti bila dah confirm benda tu tak memudharatkan, pakailah balik..

Bila Diary Bercerita said...

Kak Ja,
Salam Aidilfitri untuk Kak Ja dan keluarga juga. Terimakasih kerana sudi singgah diblog saya yg tak seberapa ini.
Bab 'Melamine' ni mungkin kecohnya sekejap je. Esok-esok senyap...orang lupakan. Timbul pula isu baru.

Seladang said...

Jangan jadi gerpu filem 'IBU MERTUAKU'.

Sebuah coretan pada diary

Setelah lama tidak menulis, aku kehilangan kata-kata. Sebenarnya ingin ku tulis berbagai cerita namun kekangan waktu selalu sahaja membatask...