Harga sebuah Perkhidmatan.....

Antara perkhidmatan Dan Jasa, dua perkara yang berbeza walaupun seakan sama bunyinya ("service"). Biasanya bila disebut 'Jasa' orang akan terkenang akan budi/khidmat bakti/bantuan seseorang yang dihulur. Tetapi hari ini bila disebut perkhidmatan, ianya tidak lagi percuma. Perkhidmatan dalam apa jua bentuk sekarang ini kebanyakannya harus dibayar oleh kita sebagai penguna khidmat tersebut.

Yang menjadi masalahnya, perkhidmatan yang kita kehendaki kadangkala tidak setimpal dengan nilai yang dibayar. Selalunya kita akan merungut tentang mutu perkhidmatan yang rendah dan jarang sesekali memuji andai gembira dengan kualiti khidmat yang diberi.

Aku lebih sukakan cara hidup dikampung. Pertolongan/perkhidmatan yang dihulur oleh warga desa selalunya tidak perlu dibayar. Semuanya dibuat atas dasar keikhlasan. Paling tidak pun akan dibuat secara gotong royong dan kerjasama.

Dibandar, serba-serbi kena bayar terutama kalau yang tinggal di apartment. Perkara pertama yang menjadi kudis ialah "Service Charge" (Caj perkhidmatan/penyelengaraan). Kita perlukan penyelengaraan yang berkualiti maksimum daripada pemaju tetapi ada juga antara kita yang terlepas pandang untuk membayar 'service charge' ini. Jadi bagaimana mahu mendapatkan perkhidmatan yang terbaik? Ada juga terdapat kes-kes yang sengaja tidak mahu membayar service charge dengan alasan yang berbagai-bagai. Maka akhirnya tempat kediaman menjadi tempat pembuangan sampah, lift tidak berfungsi, persekitaran yang tidak selamat serta 1001 masalah yang lain.

Disebabkan terdapat banyak masalah seperti ini, pihak kerajaan telah mewartakan satu Akta yang baru khusus bagi pembeli rumah yang dikenali sebagai 'Akta Bangunan Dan Harta Bersama (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2007' [Akta 663] Dan akhirnya membawa kepada tertubuhnya 'Joint Management Body (JMB)' [Badan Pengurusan Bersama] satu badan pengurusan yang melibatkan pembeli rumah secara langsung walaupun hak milik geran secara strata/individu belum dikeluarkan. Secara peribadi aku rasa ada bagusnya setiap pembeli rumah tahu akan hak mereka. Mereka boleh membeli buku Akta ini dikedai buku yang ternama. Ataupun boleh juga surf di www.hba.org.my terdapat banyak akta didalam laman web tersebut.

Apakah nilai sebuah perkhidmatan sekarang? Apa yang aku nampak perkhidmatan telah dijadikan sebagai satu bentuk perniagaan. Daripada perkhidmatan perkahwinan sehinggalah kepada perkhidmatan masuk tandas. Dan harganya juga makin lama makin tinggi. Taraf hidup masyarakat dan pemikiran kita telah diset kepada mentaliti. Jangan salahkan generasi akan datang andai mereka tidak lagi mengamalkan dasar berbudi...yang penting MONEY!

9 comments:

kak ja said...

Also, 'perkhidmatan mengurus jenazah'.. Maknanya bkn setakat masuk ke tandas kena bayar caj perkhidmatan, dah nak masuk kubur pun kena bayar.. Cuma bezanya, waris kita yg bayar, kita 'duduk diam2' kat situ je..

Hartini Omar said...

setuju sangat dengan kak aishah dan kak ja. sekarang kita hidup dalam zaman bisnes. sikit kudrat keluar pun kene kira. sebab tu zaman macamni org dah tak pandang budi. mana ada sekarang budi yg free... air liur pun kene bayar (eg. penceramah dan motivator yg dibayar utk bg sebaris pesanan dan peringatan)

heh, tu la dunia dan isinya kak..

Anonymous said...

Bagus entry ni, very informative. By the way, I dah dapat 1 apartment. Kat Kajang Utama, 120k. Jun next year siap insyaAllah.

AL-BIMA SAKTI said...

salam,
upah senyum pun nak kena bayar. kekadang tu, dah bayar pun susah juga nak senyum... he he he...

Bila Diary Bercerita said...

Kak Ja,
Ya...betul tu.

Tini,
Nak buat macam mana...dah jd sumber pendapatan. Karang dapur tak berasap pula.

Ahmad,
Ooohh...dah beli rumah. Bila dan siap nanti jemputlah akak kesana k.

Bima Sakti,
rasanya sesap yang duk kat kaunter pertanyaan tu kena senyum selalu. Dah dibayar gaji kerja cam gitu kan.. tp yg jd masalah selalunya dorang bukan suka senyum, muncung je memanjang..kena pulak disoal yang bukan-bukan. he..he.. nasib badan..

Rajuna said...

er penah ambil subjek perancangan bandar dan wilayah masa di universiti dulu?

Bila Diary Bercerita said...

Rajuna,
jawapan untuk soalan cepu mas anda..
X pernah!...

madbosco said...

salam... baru terbaca blog akak bout akta nie, akak nie govt servant ngan KPKT ker or keje ngan developer ?

Bila Diary Bercerita said...

Bosco,
terimakasih singgah kat blog akak yang tak seberapa ni...

Kerja dgn sapa tu tak penting..
apa yang penting? Janji ada RM pastu semoga rezeki diberkati Allah swt.

Sebuah coretan pada diary

Setelah lama tidak menulis, aku kehilangan kata-kata. Sebenarnya ingin ku tulis berbagai cerita namun kekangan waktu selalu sahaja membatask...