Cuti sekolah, Aku pun jadi Lelah...

Semalam selepas pulang dari kerja aku pening kepala bila melihat ramainya kengkawan anak-anakku didalam rumah. Dari luar rumah lagi dah dengar suara hilai tawa mereka. Adoi!lah...
rasa macam nak demam jadinya. Masuk je dalam rumah tengok rumah bersepah. Macam tongkang pecah. Sakit hati betul.... sebagai hukuman, aku suruh anak-anak ku mengemas semula segala permainan dan basuh segala pinggan mangkuk dan cawan yang bersepah kat singki. Aku suruh Alya menyapu. Dalam pada menyapu tu sempat lagi dia bagitau yang konon-kononya dia tak bersalah tapi si Kak Yong yang ajak kengkawan main dalam rumah. Aku cakap tak kiralah sapa yang ajak tapi bila dah bermain sama tu kira ambil bahagian le juga kan....

Aku pun naik angin juga dengan Ammar anak jantan sorang ni. Dah tahu jahitan bersunat tu pun belum putus lagi dah tak sabar-sabar nak bermain. Hari Jumaat lepas dahlah berdarah balik akibat bermain bola, tak jugak serik-serik. Bila diberitahu yang kita ni takut dia bentan, mulalah nak menjawap " Mama ni semua nya tak boleh". Lepas tu mengada-ngada nak merajuk kunun. Iskh! pening betul lah..

Pagi tadi sebelum pergi kerja dah 'berbakul' rasanya pesanan penaja untuk anak-anak. Sebentar tadi telefon juga dengan beberapa pesanan yang sama. Tambahan pula petang nanti ada jiran Opah mereka yang ingin bertandang. Harap-harap anak-anak tak buat perangai lagi dan rumahku tidak lagi tunggang langgang......

p/s : sekadar meluahkan perasaan

4 comments:

kak ja said...

Kja kan Aishah, mmg suka dgn bebudak.. But that doesn't mean kja welcome depa masuk keluar umah kja sesuka ati..Dan anak2 pun tak berani nak usung kawan2 masuk umah kja esp kalau kja xde di umah..

Bila Diary Bercerita said...

Itule pasal...Bukan tak pernah tegur tapi biasa le bebudak ni bila dah bersuka ria lupa pada pesanan ibunya.

WS Zuriati said...

Korban kt KL ke??? Jomlah blk kg. Kita nak potong lembu nih.... kim slm kt Amar tu, jgn nakal-nakal, nt kena sunat semula..

Bila Diary Bercerita said...

Zu,
tentu meriah kat ganu kan..Akak lepak kat rumah Chek De je

Menjaga aib dan menjaga hukum Allah swt

 Menjaga Aib dan menjaga hukum Allah swt   Semenjak dua menjak ini, dalam laman sosial bertebaran cerita dosa dan aib manusia disebarkan...