Marah itu Api.....Dendam itu Bara


Akhirnya aku berjaya juga menghabiskan sekuel novel 'Bagaikan Puteri' = "Hijab Sang Pencinta" karya Ramlee Awang Murshid. Novel yang bersambung dari novel kedua 'Cinta Sang Ratu'. Bezanya kali ini watak Laksamana Sunan pula yang melalui proses "back to the future" he..he.. tak rugi baca novel ni.


Apa yang boleh aku katakan penulis novel berjaya mencipta watak Saifuddin (Laksamana Sunan) yang merupakan seorang yang elok budi pekerti dan tinggi ilmu agama serta persilatannya. Dan itu juga yang membuatkan Haryani benar-benar jatuh cinta pada Laksamana Sunan dan membiarkan perasaan jodoh pilihan - Dani.


Jika novel "Ayat-Ayat Cinta" boleh dikategorikan sebagai Novel Islami, rasanya tak salah kalau Novel Sekuel ini juga dikategorikan dalam kumpulan yang sama. Ramlee Awang Murshid mencipta watak Saifuddin seorang yang benar-benar faham dan beramal dengan ilmu Islam itu serta berusaha menentang segala kejahatan yang ditunggang oleh Iblis.



Aku kira bukan semua orang boleh menulis novel Islami seperti ni. Sesungguhnya penulis novel tersebut mempunyai daya imaginasi yang tinggi. Biarpun mungkin ada orang akan berkata cerita ini seperti tidak logik namun jika diteliti ada unsur dakwah dalam ceritanya dan terselit jua motivasi untuk diri.

Tahniah kepada penulis novel atas kejayaan beliau menulis novel sebegini.
{Nota untuk Finie : Kau & Asnan setuju tak dengan pendapat aku?}

2 comments:

Love, Suhaiza Abidin said...

salam Aishah..

salam perkenalan.. minat novel Ramlee Awang Murshid eh? boleh jadi ahli kelab peminat jugak..

http://kelabram.blogspot.com

harap dapat berkongsi wacana yang sama ...

salam mesra
sabariah a.k.a sab88
ramfc

Bila Diary Bercerita said...

Sabariah,
Terimakasih kerana sudi singgah diblog saya. Oh...tak tahu pulak ada kelab peminat sebelum ni.

Terimakasih jemput saya jadi ahli.

Sebuah coretan pada diary

Setelah lama tidak menulis, aku kehilangan kata-kata. Sebenarnya ingin ku tulis berbagai cerita namun kekangan waktu selalu sahaja membatask...