Remaja...

Ketika riang dipadang remajamu
ada mata yang memerhati
setiap langkah kaki

Kadangkala mereka tak peduli
andai kau berlumpur dipadang itu
mereka juga tak peduli
andai kau jatuh ketika berlari
Ada juga hanya bersorak memperli
tanpa memberi sebarang motivasi

Ada juga sang mata yang punya hati
berdoa berhari-hari
agar hidup remaja mu lebih bererti
tanpa kau sendiri sedari dan peduli

Padamu remaja hanya sekali
'ikut suka aku punya hati'


Nota Kaki : Besar sungguh cabaran mendidik anak-anak zaman remaja kini....

2 comments:

kak ja said...

Zaman remaja ni zaman krisis identiti.. Kja yg ada 2 anak remaja pun pening gak, Aishah..Tp kita sendiri kena kuat.. Kalau tak, anak2 boleh tolak kita sampai rebah!!

Bila Diary Bercerita said...

Kak Ja,
Kadang-kadang saya terfikir juga, dulu-dulu semasa saya remaja mungkinkah perasaan yang sama melanda hati ibu dan bapa.

Menjaga aib dan menjaga hukum Allah swt

 Menjaga Aib dan menjaga hukum Allah swt   Semenjak dua menjak ini, dalam laman sosial bertebaran cerita dosa dan aib manusia disebarkan...