Friday, February 06, 2009

Kenapa bersedih

Perempuan
jangan menangis lagi
Andai kau tak daya melihat cahayanya bulan

Perempuan
usah menangis lagi
Andai hasratmu tak kesampaian

Perempuan
Tak perlu meratap hiba
Kerana tahta itu milik Raja
Tak ada guna menjadi derhaka

Perempuan
Raja itu Raja yang bijaksana
Melihat air pada pembetungnya
Tak kan tergadai tanah negerinya

Perempuan
Kuncikan kekecewaan dalam hati
Kau akan lebih mengerti

Perempuan
Tembakan peluru BN yang tepat
Belum tentu rebahnya rakyat

Perempuan
Kau harus tabah dan kuat
Untuk terus meniup semangat
Siasah dan hasrat mohon berkat

11 comments:

kak ja said...

"Tetiba sayup terdengar suara Raja Katak, "Go to your room!! You're grounded!!" Maka Mamak Bendahara Katak segera menjawab, "Deyyy Tuanku, dah terlambatlah Tuanku!! Kedua2nya dah kojol!!" http://sufina2008.blogspot.com/2009/02/lompat-si-katak-lompat.html

Raja Katak kekdg hilang pertimbangan dan kebijaksanaannya.. Kedua2 katak mati.. Raja Katak mesti sedar, dia perlu cpt bertindak.. Bimbang bermaharajalela segala nyamuk lalat yg ada..

chef din said...

Usah rakyat Perak, ia sekadar pertukaran kerajaan je. Apa yang penting, wujudkan dan kekalkan keamanan di seluruh negeri. Ini akan memudahkan pembangunan dari semua espek dapat di jalankan seberapa segera. Hentikan semua demontrasi, ianya amat merugikan bangsa Melayu, yang untung bangsa lain, Mereka tidak berada di jalanan, mereka hanya menanggok di air keruh saja. Yang derhaka bangsa Melayu, itu di gambarkan.... tetapi tukang apinya orang lain.
Beringatlah.....

Aishah Jamal said...

Kak Ja,
Masalahnya Katak-Katak yang ada dah mula perasan bahawa mereka adalah keturunan Sang Putera yang disumpah menjadi katak......
Ada beza tu kak ja antara 'Katak mati' dgn "mati katak"
he..he..he...


Chef Din,
Dulu-dulu sesiapa yang pernah hadir ke BTN pasti akan ingat sangat dengan lagu 'Anak Kecil Main Api' Namun, relevankah lagi sekarang lagu tu?
Saya kira ramai orang politik cepat melatah akhirnya jadi payah kerana politik itu sendiri bukannya selalu menjanjikan yang indah-indah.

Tie said...

Hmm....

Kak tie tak suka dengan politik ni...buat pening je....hu hu....

Aishah Jamal said...

Kak Tie,
terimakasih datang singgah di blog saya yang tak seberapa ini..

Hartini Omar said...

saya suka bait2 ini. bermakna sekali

Aishah Jamal said...

Terimakasih Tini.

Mokde said...

mokde suka lah aliran fikiran awk,
nanti kita jumpalgi

mokde

Aishah Jamal said...

Mokde,

Terimakasih kerana bertamu ke mari.

Seronok sebenarnya berkongsi rasa di laman sesawang ini.

Anonymous said...

Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes

Anonymous said...

Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes