Tuesday, February 24, 2009

syair siasah

Kena baca entry ni secara bersyair juga. Baru ada feel. He...he..he...

Tersebutlah kisah satu cerita
Antah Berantah nama negerinya
Dulu aman sekarang nestapa
Datang Bala bertimpa-timpa

Putera mahkota berdukacita
Pembesar semua mabuk kuasa
Tidak dihirau undang negerinya
Rakyat melata terpinga-pinga

Selingan muzik…….

Gegak gempita orang dimuara
Keris diusap membaca mentera
Dihulu pula parang ditempa
Umpama perang lagak gayanya

Negeri yang makmur hilanglah sudah
Angkara pembesar bertikam lidah
Tidak beradap tidak berakhlak
Hamba sahaya berasa muak

Selingan muzik….

3 comments:

Mawarnafastari said...

kak aisyah, lupa nak bgtau.. buku akak yg nor pinjam tu, tak baca2 pun lagi.. hehe.. belum ada mood nak baca.. lg pun abg sulung kata, bila mengandung tak elok baca buku yg ada unsur2 khayalan ghaib ni.. huhu.... ye ke?.. ;p

Aishah Jamal said...

Akak lupa yg akak ada bagi buku tu pada awak. Jenuh le jugak akak fikir kat mana la akak letak 'Bagaikan Puteri' & 'Cinta Sang Ratu' he..he... rupanya dah sampai pantai timur.

Akak sekarang tgh baca "Izinkan mimpi berulang" karya Zaharah Muhammad. Bestlah buku ni..

Akak rasa lambat lagi baru awak boleh mulakan baca novel kembali. Bila dah ada baby nanti lagilah sibuk tak sempat awak nak belek novel pun.

Anonymous said...

Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes