Bila Pemuda UMNO tunjuk garang

Adengan drama dikaca tv semalam memang kelakar. Kenapa yek dorang tu beriya-iya melenting bagai. Karpal hanya menuduh. Kenapa perlu rasa tersinggung? Bukan ke bagus hantar saman je pada Karpal tu? Tak pun buat jelah laporan polis kan..kan..kan...
Si Ammar tanya aku "Ma, apesal diaorang gaduh?Eeiiii gaduh macam budak sekolah je"
Ha..ha..ha... terus aku gelak. Yelah, budak kecil tengok pun rasa macam pelik. Buat malu je.
Tentang kes peluru yang Karpal terima tu biarlah polis aje buat kerja. Kenapa tak percaya? Ada sesapa dalam Pemuda yang sanggup upah PI untuk siasat kes tu untuk memulihkan imej pemuda yang dituduh sebagai penghantar peluru? Kita tunggu dan lihat sampai kemana kes ini akan dibawa. Takut-takut nanti akhirnya senyap macam tu je.....
Alahai Malaysia ku, bagaimana nak membentuk negara gemilang bila jati diri rakyatnya ramai umpama 'telur temelang'. Tu tidak dikira lagi tentang unsur-unsur rasuah yang dicerita secara terang tetapi kesnya hanya dicampak dalam longkang.

4 comments:

AL-BIMA SAKTI said...

alahai...

Bila Diary Bercerita said...

Hai...nak buat camna, rakyat yang baik budi bahasa dah dipandang sebelah mata.

Tie said...

Hmm....kak tie dah geram dengan gelagat mereka ni...

Kalau ada peluang , nak tenyeh2 muka mereka dengan belacan (kesemuanya tak kira dari parti mana pun). Muka tak tahu malu, habis satu dunia tahu tentang 'adab' kita.

Bila Diary Bercerita said...

Betul tu Kak Tie,
Mana perginya nilai baik budi bahasa orang melayu yang kita laung-laungkan dimata dunia?

Sebuah coretan pada diary

Setelah lama tidak menulis, aku kehilangan kata-kata. Sebenarnya ingin ku tulis berbagai cerita namun kekangan waktu selalu sahaja membatask...