Tuesday, March 03, 2009

CINTA ITU APA?

Untuk seorang rakan yang sedang asyik bercinta. Aku doakan kau bahagia. Yang penting restu ayah bonda agar kehidupanmu aman sentosa.


Cinta itu warna warni
Pada jiwa yang menghargai
Cinta itu warna kelabu
Saat hati tak menentu

Cinta bertukar warna biru
Bila dunia hanya milik kau, aku
Cinta umpama bunga-bunga tulip
Saat pandangan mata tak berkelip

Cinta umpama mawar merah
Yang hadir bersama aliran darah
Cinta sesuci mawar putih
Saat ianya baru berputik

Cinta adalah warna-warna pelangi
Yang menceriakan hati
Cinta adalah laut dalam
Akan lemas tanpa pedoman

Cinta pada manusia
Adakala hati sendiri yang terseksa
Cinta pada Ilahi
Cintamu akan dirahmati
Nota untuk mu.....,
kau harus tahu mengawal cinta. Semoga tercapai impianmu membina mahligai untuk berkeluarga.

2 comments:

Kamarul@manodin adalah perunding Takaful Ikhlas anda hubungi 019 -303 9645 sms @ emel kamarul1974@yahoo.com untuk maklumat lanjut . said...

Cinta, kalimah indah impian semua,
Bisa bahagia adakala sengsara ,
Setiap insan harus waspada,
Agar hidup lebih bermakna .

Sifat manusia sukar diteka,
Gemar meraba didalam cahaya,
Cinta manusia ada ketika ,
cinta tuhan itu selama.

Anonymous said...

Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes