Pagi Isnin yang tak ceria...

2, 3 hari ni bahu dan lengan kiri terasa sakit sangat. Nak angkat tangan pun rasa tak larat. Silap aku kerana mengambil mudah tentang sakit yang dirasa pada setiap pagi ketika bangun tidur selama hampir 3 minggu.
Akhirnya pagi ini aku jumpa doktor yang kebetulan namanya sama dengan nama aku. He..he.. dengar bebelan doktor dipagi hari ku anggap macam dengar Sinar FM. Dalam hati cepatlah doc bagi ubat. Puan Doktor tu nasihatkan aku selalu minum susu dan buat gerakan tangan ala-ala senaman macam yang dia ajar. Aku pun angguk-angguk walaupun ada rasa nak buat lawak geleng-geleng. Dan ubat-ubat yang dia bagi tu membuatkan aku rasa macam nak tercekik. Mai aii....., banyaknya pil. Kena telan semua ke? eh! eh! doktor tu macam tau je apa yang ku sebut dalam hatiku. Dia pun berkata "Kalau u rasa nak cepat baik sakit dibahu tu, u kena habiskan semua ubat yang i bagi. Dan u kena pastikan yang diri u tak lupa untuk minum susu setiap hari. Dengan tahap kesihatan u dan faktor umur, u have no excuse." Alahai...... benci betul dengar tambah-tambah bila dia sebut faktor umur. Iskh! doktor ni macam nak suruh aku rasa tua je. Well, aku memang perasan yang aku ni muda lagi..... hi..hi.. hi..
Sebelum aku ketuk papan kekunci kat PC ni, aku membaca entry "Faisal Tehrani" dalam blognya. Tentang perjuangan bahasa melayu. Aku menyokong agar bahasa melayu dikembalikan pada duduk asal martabatnya. Bahasa Inggeris satu keperluan masa kini namun bahasa melayu, bahasa ibunda negara tidak harus dipinggirkan oleh semua rakyat jelata. Bacalah tentang apa yang dirasa oleh beliau di lamannya:- http://www.tehranifaisal.blogspot.com/
Marilah bersama-sama menyokong perjuangan bahasa kita.

4 comments:

Tie said...

Ooiitt !

Kak tie pun sakit bahu gak..ingat sebab terlebih muatan dek tido mengiring...dah lama dah...malas nak gi klinik...

Doktor kata Aishah sakit apa ?

Bila Diary Bercerita said...

Kak Tie,
Saya cadangkan akak jumpa doktor je. Sakit saya mungkin tak sama dengan akak.

Tapi kan, salah satu pil tu pil kalsium.

Banyak pulak pesanan penaja doktor tu...katanya "jangan pasang kipas direct pada tempat sakit, jangan pergi tempat sejuk, jangan mandi malam dan bla..bla..bla.."
Tadah telinga je dengar.

Anonymous said...

Aku cadangkan engkau jangan ambik seafood semasa sakit ni. Ke engkau tengah stress?

Banyak kerja ke? Cuti sekolah nanti balik ipoh tak?

Nafastari said...

Semoga Kak Aishah akan terus sihat selalu. Syafaakillah.

Sebuah coretan pada diary

Setelah lama tidak menulis, aku kehilangan kata-kata. Sebenarnya ingin ku tulis berbagai cerita namun kekangan waktu selalu sahaja membatask...