Wednesday, March 11, 2009

Cerita Hangat di Malaysia Kini

Cerita 1

Katak si katak Lompat
Lompat tepi jalan
Adun yang suka lompat
Jadi bahan umpatan orang

Cerita 2

Pohon beringin dahannya rendang
Tempat bermain Pari dan Mambang
Dun yang ada macam bayang-bayang
Entahkan sayang entahkan terbuang

Cerita 3

Tak kan hilang Melayu di dunia
Menyebut Tuah dahulu kala
PPSMI dikata sini dan sana
Menteri pandang sebelah mata

Cerita 4

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Politik Negara makin nazak
Undang yang ada dipandang ringan

7 comments:

kak ja said...

kja x pandai berpantun.. Tp kja suka baca pantun Aishah ni..

Anonymous said...

Shah,
Aku nak tunggu pantun kau tentang pilihanraya kecil kali ini.

Aishah Jamal said...

Mengkuang dilarik menjadi tali
dianyam pula menjadi Saji
kata Kak Ja bagaikan motivasi
untuk diriku menulis lagi

Aishah Jamal said...

Laut gelora nelayan tak turun
manakan dapat ikan beraga
bermain kata mengarang pantun
bila tertulis pastikan kau baca.

he..he..

Mince4AM said...

pandai sungguh bermain kata
mungkin telah diasah minda
tulisla pantunmu di cetakan berkala
supaya senang orang kampung nak baca

harakah ada. suara keadilan pun ada
roket ada, wasilah juga
apa salah saudari mencuba
supaya ilmu dikongsi bersama

baca pantun memangla mudah
senang dan simple x berjela-jela
nak baca teks panjang memanglah payah
bagi golongan yang pakai spek mata

:)

Aishah Jamal said...

Mince4AM,

Cantik sungguh Mawar merah
letak disanggul menjadi megah
bahasa melayu sememangnya indah
penuh dengan kias dan madah

Cadangan mu tuan difikir sudah,
mungkin satu hari nanti akan terlaksana dengan izinNya.

Anonymous said...

Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes