Thursday, April 09, 2009

Aqillah yang teringin makan Roti....

Ini antara perbualan aku dengan Aqillah malam tadi.

“Mama, kenapa mama dah lama tak buat Roti?”
“Asyik beli je. Mama buatlah malam ni…”

Aku pun menjawap :

“Alah…yong, lain kali ajelah mama buat. Tepong untuk buat Roti tu dah habis.”

Dengan muka frust Aqillah kata “Okey….”


Dulu, aku memang le rajin buat roti sendiri. Lepas tu letak macam-macam inti. Kadang-kadang buat berbagai bentuk dan rupa. Cepat je habis kena bedal dengan anak-anak.
Untuk 2, 3 bulan akan datang ni….. minta maaf le tak larat aku nak buat roti tu. Rasa cam malas je. Kalau paksa gak mau aku tergolek depan Oven tu karang. He..he..he…
Kesian kat anak-anak aku 2, 3 menjak ni asyik breakfast roti kedai je… nak masak menu lain aku rasa tak larat. Menghadap singki yang penuh dengan pinggan mangkuk tu pun kadang-kadang aku rasa macam nak termuntah. Ini kan pula nak masak macam-macam.
Layan katil lagi best……


Aku terima beberapa potong kek prune semalam daripada seorang teman. Katanya sempena menyambut kemenangan PAS dibukit Gantang. Hi...hi...hi.... kelakar betul dengan gurauannya. Sekarang ni aku tengah nak membodek dia untuk dapatkan resepi kek tu. Sedap sangat……. Kalau aku berjaya dapatkan resepi tu nanti, aku akan kongsikan dengan korang semua yang sudi bertandang kat blog aku ni.


9 comments:

Hartini Omar said...

kak,
-asyik dengan cerita politik je, sampai anak2 kepingin nak makan roti buatan mak. sian deme
-buatlah, dan jgn lupa kirim2kan sekali pd org cheras ni. hehe

tahniah atas kemenangan!

Aishah Jamal said...

Anak-anak kena sabar le 2, 3 bulan lagi kalu nak makan roti buatan mamanya.

Kalau Tini bagi alamat boleh gak akak tolong poskan roti tu. He..he..

Basuh Baju said...

makan roti bila hati gembira PR menang sgt best..haha

Mawarnafastari said...

macam ada apa2 je ni...

:)

Mince4AM said...

roti coklat roti jagung
roti ban berinti kacang
buatlah roti, sian kat yong
sebagai hadiah PR dah menang

kak ja said...

Mgkn lps 3 bulan nnt bila masuk blog ni, penuh dgn citer Aishah dgn aktiviti dapurnya..

Seladang said...

Apa susah-susah buat roiti sendiri, lagi baik pergi kedai mamak, teriak saja "Zamreyyyy, teh satu roti kosong satu! Sebab awak tak ada telo!"

Atau ikutlah calon yang kalah rehat-rehatkan diri ke Danuk!

Aishah Jamal said...

Basuh Baju,

Terimakasih kerana datang singgah disini.


MawarNafastari,
:)

Mince4am,
:) Roti Kedai glamer apa...ada macam macam rasa. Ha..ha..

Aishah Jamal said...

Kak Ja,

entah-entah nanti banyak kumpul resepi je. He..he..he..


Seladang,
sekarang ni kalau cik Abang pergi kedai mamak saya lebih suka kirim Tosai pulak.