Resepi Kek Kukus Prune

Salam pagi semua.... pagi ni aku rasa ceria sikit sebab selalunya time-time macam ni aku dah mula rasa pening-pening. Setakat ni ok pulak, belum lagi rasa pening. Seronoknya. Sebagaimana yang dah dijanji tempohari, kat bawah ni ada resepi Kek Kukus Prune yang sedap tu.
Tapi kan, aku sendiri pun belum cuba lagi resepi ni cuma dah merasa makan je. Buat masa ni aku belum berselera lagi nak buat kek sendiri. Tunggulah bila tiba masa yang sesuai.



250 g butter
2 cawan tepung naik sendiri
½ cawan gula putih
½ cawan gula perang
¼ tin susu pekat manis
20 biji prune (dikisar dengan sedikit air)
5 biji prune dihiris kasar
5 biji telur



Cara-caranya:-


Didihkan air dalam pengukus
Putarkan butter, gula & susu hingga sebati
Masukkan telur satu persatu
Masukkan prune yang telah dikisar
Masukkan tepung sedikit demi sedikit
Akhir sekali masukkan prune yang dihiris
Dan kacau adunan dengan senduk pun dah ok
Pas tu apa lagi… gris kan loyang dengan butter dan kukus selama 1 ½ jam


[Pesanan daripada teman aku tu, kalau nak lagi sedap guna prune jenama sun sweet]


Selamat mencuba.

9 comments:

Prof. Era Pasca said...

saya cube tak mau jadi pun kak...
sila lah melawat kesah di sebalik kekecohan sidang DUN MELAKA yang diwar-warkan media TORTOQ UMNO...
link:
http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/04/lucah-mr-lee-dan-betty.html

chef din said...

Rasa macam best je kek tu... Tapi, you kena campurkan tepong bersama prune dan gaulkan terlebih dulu, camporkan juga sedikit nutmag powder dan sedikit rasin, gaulkan hingga sekata. Cara ini mengelak daripada prune dan rasin turun kebawah ketika proses membakar. Selamat mencuba.....

Seladang said...

Aku baca resepi pun terasa sedap ...

Bagaimana nak buat tempahan untuk jamuan habiskan duit rakyat buat sambutan PM Baru One Malaysia ?

Bila Diary Bercerita said...

Baginda Reformasi,

He..he... betul ke Baginda dah cuba resepi ni.
Sekali tak menjadi jangan putus asa buatlah lagi.


Chef Din,

memang sedap pun masa saya makan kek tu.
Terimakasih atas petua Chef dan mungkin satu hari nanti saya akan cuba cara Chef pula.


Seladang,

minta maaf le saya tak ambik order. Sdra kena buat sendiri le nampak gayanya.

wanahaf said...

salam, xde post terbaru pasal di perak ke? dengar crite hangat lagi hot. nak dengar jugak komen org perak sendiri.

Unknown said...

salam, terimkasih sebab berkongsi resepi =D

Anonymous said...

An impressive share! I have just forwarded this onto a colleague who has been doing
a little research on this. And he actually
bought me lunch simply because I discovered it for him.
.. lol. So let me reword this.... Thanks for the meal!!
But yeah, thanks for spending the time to discuss this issue here on your web page.


Also visit my blog - ralph lauren outlet coupon

Anonymous said...

What's up, I would like to subscribe for this blog to take most recent updates, therefore where can i do it please help out.

My web site Oakley Sunglasses Canada

Anonymous said...

Pretty nice post. I just stumbled upon your blog and wished to say that
I've truly enjoyed surfing around your blog posts. After all I'll be subscribing to your
rss feed and I hope you write again very soon!

my web page; Cheap Oakley Sunglasses

Menjaga aib dan menjaga hukum Allah swt

 Menjaga Aib dan menjaga hukum Allah swt   Semenjak dua menjak ini, dalam laman sosial bertebaran cerita dosa dan aib manusia disebarkan...