Agak-agak jadi ke tidak DUN Perak bubar??

Aku tertarik sungguh dengan artikel tulisan novelis terkenal 'Faisal Tehrani' didalam blognya tentang krisis di Perak ini. Antara tulisannya :-


1. Saya berpendapat dalam hal krisis di Perak hanya ada dua penyelesaian yang munasabah.


2. Pertama, bubarlah DUN dan kembalikan kepada yang berhak memilih untuk membentuk kerajaan iaitu: rakyat. Saya pernah menyatakan tidak bersetuju kepada 'aksi lompat untuk mendapat kuasa'. Saya juga menolak projek 16September yang bedebah (meskipun ada ulama di dalam PAS mendambainya); saya juga tidak dapat menerima projek menjatuhkan kerajaan di negeri Perak secara tidak bermoral.
Dengan pembubaran DUN, ia akan membuka gelanggang untuk permainan yang adil dan saksama. Jika ia tidak dilakukan, saya juga berpandangan parti pemerintah sekarang ini akan berdepan dengan pelbagai masalah di masa hadapan dan penggandaan tanggapan negatif yang sudah sedia menggunung. Parti pemerintah perlu menimbang pandangan rakyat yang amat skeptis sekarang. Jangan tambah beban yang sedia ada.


Bacalah dengan lebih lanjut di http://tehranifaisal.blogspot.com/2009/05/krisis-perak-bubar-dun-atau-main-sama.html


Sudikah Sultan memberi perkenan untuk bubar DUN Perak?

4 comments:

Prof. Era Pasca said...

sy juga setuju bubarkan dun!! tapi maaf le nk terangkan sikit... sebenarnye care DSAI 16/9 tu bukan care lompat katak... care itu tak jadi kerana selepas penghantaran surat untuk dewan bersidang telah di tolak mentah2 oleh PAK LAH dulu... n siap antar org yg bakal "lompat" untuk kursus di taiwan... kenapa perlu sidang parlimen? sebab dalam parlimen mereka boleh mengusulkan undi tak percaya... itu the rite way... bukan lompat pastu masuk tv umum tukar parti, pastu selang sari umum rampas perak... see the difrent... wassalam...

Mince4AM said...

tunggu dan lihat...cerita di perak memang cerita kartun..untuk menjadikan ia cerita real, kita kena start balik dari 0-0 dan bertanding!

Bila Diary Bercerita said...

Baginda Reformasi,
Bab bubar DUN masih 50-50 lagi. Kuasa bubar ditangan Sultan. Kuasa UNDI ditangan rakyat.


Mince4Am,
Andai ada piliharaya, belum tentu ramai yang akan keluar mengundi. ini berdasarkan cakap-cakap orang kampong saya sendiri. Deme tak SIOR nak keluor ngundi!! Camna tu??

Prof. Era Pasca said...

its ok.... 50-50 lebih baik atau biarkan cara rampasan zambry...? tentu cik pilih 50-50 betul.... ?

Sebuah coretan pada diary

Setelah lama tidak menulis, aku kehilangan kata-kata. Sebenarnya ingin ku tulis berbagai cerita namun kekangan waktu selalu sahaja membatask...