Nizar masih MB yang sah. (Titik)

Aku sebenarnya tengah sibuk sesangat nak menjawap surat untuk sub-sale property ni. Tapi kan tangan ni gatai sangat nak berbloging juga. Semuanya kerana laporan Malaysia Kini - Nizar menteri besar sah Perak. Uuuiiiiii......lepas ni banyak blog & web pakatan rakyat akan penuh dengan komen pasal berita terhangat petang Isnin.



Nizar menteri besar sah Perak
May 11, 09 3:45pm
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar sah Perak setelah digugurkan jawatan tersebut awal bulan lalu.
Mahkamah juga memutuskan menteri besar BN Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan enam exconya mengosongkan dengan kadar segera pejabat mereka - di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh.
Dalam penghakimannya, hakim Abdul Aziz Abd Rahim berkata seseorang menteri besar hanya boleh dipecat melalui undi tidak percaya di DUN, seperti kes Stephen Kalong Ningkan.
Hakim menambah, dalam kes pelucutan Mohamad Nizar, tiada persidangan dewan diadakan untuk meluluskan usul sedemikian.Dalam penghakimannya, Abdul Aziz berkata jika Sultan Perak mahu meletakkan Mohamad Nizar meletakkan jawatan, maka baginda sepatutnya mengambil sidang DUN untuk mengemukakan usul tersebut.
Permohonan peguam Zambry, Cecil Abraham untuk menangguhkan penghakiman tersebut ditolak oleh mahkamah. Mengulas kemenangannya, menteri besar Pakatan Rakyat itu berkata beliau akan menghadap Sultan Perak berhubung penghakiman mahkamah tersebut.
Mari kita nyanyi lagu ini........

Kalau anda rasa gembira tepuk tangan (3x)
Kalau rasa gembira, beginilah caranya
kalau rasa gembira
tepuk tangan.
{klap.... klap.....}



Apa yang pasti BN tidak akan mudah menyerah kalah dengan mudah, agaknya sebelum Sultan perkenan untuk bubar DUN, mereka akan membuat rayuan pula..... apa-apa pun kita tunggu & lihat perkembangan politik Perak seterusnya.
Rakyat Perak perlu bersedia dengan piliharaya negeri jika DUN dibubarkan nanti. Dan keputusan selepas piliharaya harus diterima dengan redha oleh semua pihak. Bersediakah anak-anak Perak andai keputusan piliharaya nanti tidak sehaluan dengan hati...?
Lepas ni aku nak tunggu komen Che Det pula dalam isu ini.
MARI KITA BACA PULA BERITA TERBARU....
[12/05/09]
Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Zambry Abd Kadir untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak yang sah!
(Kan dah kata.............) Slogan 'Rakyat didahulukan' tu campak aje kat longkang. Kalau sungguh nak ikut slogan tu, patutnya setuju aje dengan cadangan Nizar untuk bubar DUN Perak dan buat piliharaya semula walaupun semestinya akan tergadai lagi wang ringgit. Entah-entah duit pun dah tak mandang ni.
Tanah Perak makin kelabu.
Pejabat SUK seolah berhantu
semuanya gara-gara tak bersatu
nak serah pada rakyat hati tak sebulu

3 comments:

Nafastari said...

Yay!!!!! Apabila keadilan dilaksanakan ia akan membawakan kegembiraan kepada golongan yang benar dan keazaban kepada pelaku kejahatan.

Anonymous said...

cik aishah keje law firm ke?
hehe

-joe-

Seladang said...

Demikianlah takdir Illahi! Kita jangan terlalu gembira diatas penderitaan atau ketewasan orang lain. Kita juga jangan terlalu gembira menjadi pembodek tak tentu hala. Kita bersyukur apa yang ALLAH anugerahkan kepada kita dan kita lakukan amanah tersebut dengan penuh tanggungjawab selaku manusia dan Islam!

Menjaga aib dan menjaga hukum Allah swt

 Menjaga Aib dan menjaga hukum Allah swt   Semenjak dua menjak ini, dalam laman sosial bertebaran cerita dosa dan aib manusia disebarkan...