Pie dan Epik kena samun

Adik Iparku dan seorang sepupu diberitakan dalam perjalanan daripada Hospital Serdang menuju ke Ukay Perdana dan singgah di stesen Petronas Jelatek untuk mengisi minyak pada malam minggu yang lalu. Setelah selesai urusan distesen minyak berkenaan dan dalam perjalanan seterusnya, mereka ditahan oleh sebuah lori dan kelihatan 3 orang lelaki melayu berumur dalam lingkungan 30an keluar dari lori tersebut menghampiri mereka dan mengarahkan mereka untuk menyerahkan dompet serta telefon bimbit.


Berasa berang dengan ugutan itu, adik sepupu suamiku cuba melawan perompak berkenaan. Namun bila perompak tersebut mengeluarkan parang dan cuba untuk mencederakan mereka berdua, akhirnya mereka terpaksa menyerahkan dompet dan juga telefon bimbit mereka. Perompak berkenaan juga membawa lari kereta adik iparku.


Sekarang adik iparku dan beberapa rakan sedang cuba untuk menjejaki kereta miliknya.


Betapa nilai kemanusiaan telah makin hilang kini. Cabaran hidup dan masalah kewangan kadang-kadang membuatkan manusia hilang pertimbangan. Tidak lagi berpaksi pada hukum halal & haram, asal tembolok terisi dan nafsu dituruti, hanya memikirkan kepentingan sendiri.


Jika persoalan kenapa manusia sanggup merompak dilontarkan kepada umum, sudah tentulah berbagai jawapan yang akan kita terima. Sebenarnya tiada jalan mudah untuk mencari kesenangan.


Kesenangan hidup yang diperolehi dengan jalan yang lurus akan lebih diberkati oleh Allah swt.

5 comments:

Mince4AM said...

Pn Aishah,

dulu lanun di lautan
skarang perompak di jalanan
Mungkin kerana pembangunan
dan mungkin kerana ekonomi menjunam..

apa betulkah agaknya?

Dalam banyak- banyak perkiraan..
yang ini tidak boleh dikira
"Ceteknya akal-kurangnya penddikan"
Di depan hiburan, di belakang agama

Bila Diary Bercerita said...

Mince4Am,

Perompak jalanan terpaksa menerima hukuman kerana jalan salah yang diamalkan walaupun berniat murni untuk memberi makan pada anak-anak yang kelaparan.

Ada juga kes "perompak kayangan" berlagak bagus tetapi merekalah yang merompak harta kerajaan.
Hairannya, kenapa tiada pula dikenakan tindakan....
(alasan biasa tak cukup bukti ditangan) rakyat biasa menjadi makin geram...

Prof. Era Pasca said...

dunia akhir zaman puan... nilai kemanusian telah lama hilang.... kini yang tinggal hanya ketakutan....

salam dr baginda untuk semua,

Khemah Polis giat dibina di Manek Urai, Masjid Rakyat pula diroboh Terengganu

link:
http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/06/khemah-polis-giat-dibina-di-manek-urai.html

~::PermatA::~ said...

kesian..sampai trauma budak tu dibuatnya..

Bila Diary Bercerita said...

Baginda Reformasi,

Nilai kemanusiaan makin hilang dek kerana manusia makin mengejar kebendaan.


Permata SoffHas,
Selamat datang kedunia blogers.
Semalam Pie datang rumah belanja kitaorang makan durian.

Sebuah coretan pada diary

Setelah lama tidak menulis, aku kehilangan kata-kata. Sebenarnya ingin ku tulis berbagai cerita namun kekangan waktu selalu sahaja membatask...