Nasi Kerabu Version Mak aku...

Aku baru je terima call daripada Che Abu yang sengaja menelefon dan memberitahu yang mak aku kat kampung tengah prepare untuk buat Nasi Kerabu untuk juadah berbuka nanti. Lepas tu Che Abu meracun fikiran aku supaya balik kg. Macam mana nak balik? hari ni kerja. Pulak tu bukannya dekat. Sabor ajelah hai... Terus teringat Nasi Kerabu mak yang penuh dengan ulam-ulaman dan dimakan bersama dengan ikan masin tenggiri jeruk. Sedappppppnyaa.... Waaaa........
rasa macam nak makan jugak. Tak boleh jadi ni, nampak gayanya aku kena balik kampung gak masa cuti merdeka nanti dan pujuk mak buat nasi kerabu khas untuk aku. He..he...

Buat nasi kerabu ni senang je. Yang leceh tu nak cari daun ulamnya aje. Biasanya mak akan guna daun mengkudu, daun kaduk, daun lemundi, serai, daun pegaga dan berbagai jenis daun lagi yang dimayang halus. Ikan masin tu digoreng kemudian hancurkan isinya. Bila nak makan gaulkan nasi yang masih panas berasap tu dengan segala ulaman yang telah dihiris dan juga isi ikan masin yang dihancurkan. Tak perlu tambah garam sebab ikan masin tu dah masin. Biasanya kitaorang akan makan nasi ulam ni dengan sambal belacan. Sedap wooo..... cubalah buat. Tapi, kat KL ni mana nak cari ulam kampung macam tu? Payah le kan. Kat kampung je senang nak dapat daun ulam.
Nasi Kerabu Perak ni memang tak sama dengan Nasi Kerabu Trengganu yang warna biru tu. Sebab tu masa mula-mula kawin dulu, tekak aku tak boleh nak terima nasi kerabu yang warna biru tu. He..he... sekarang kira okeylah.....tapi tak setanding dengan nasi kerabu yang mak aku buat.
Tengah dok fikir nak masak apa pula untuk buka puasa petang nanti. Semalam sebagai juadah pemanis aku masak bubur bali je campur dengan sagu. Menu untuk hari ni tak tau lagi. Silap haribulan aku main tunjuk-tunjuk kat bazar ramadhan jelah. Senang cerita.

3 comments:

Anonymous said...

Kat tempat saya itu dipanggil Nasi Ulam. Kalau belah utara memang masakannya lebih kurang begitu.

is@r said...

Hi,
Yes, sebelah utara pangge nasi ulam.
Nasi kerabu, masa zaman study dulu..bulan posa ja I musti gi beli nasi kerabu kat sek 17.Yummy! memang best...pastu beli kueh tepung pelita.

Cheers..
Is

Bila Diary Bercerita said...

Anonymous & is@r,

Apa-apa pun nasi ni paling berkhasiat sebab banyak guna daun ulam.

Boleh juga dimakan semasa dalam pantang dengan syarat jangan guna ikan masin tapi digantikan dengan ikan bilis yang digoreng dan ditumbuk halus. Letak sedikit serbuk lada hitam. Pasti menyelerakan.

Sebuah coretan pada diary

Setelah lama tidak menulis, aku kehilangan kata-kata. Sebenarnya ingin ku tulis berbagai cerita namun kekangan waktu selalu sahaja membatask...