Benang bedah yang terkeluar dari dalam perut?

Apa perasaan korang jika mendapati ada benda asing yang keras macam dawai tiba-tiba terkeluar daripada permukaan perut korang?
Mesti lah panik dan risau kan…… itulah perasaan yang aku alami sejak petang Ahad yang lalu. Mula-mula ingatkan ada bisul atau apa, sebab ia macam bernanah. Pelik le pulak. Rasa keras tajam macam dawai je. Cuci macam biasa jelah. Tup-tup petang Isnin ianya terkeluar sedikit. Terkejut bila nampak macam dawai hitam terjojol keluar. Mulalah terfikir tak kan ianya benang masa bedah tahun 1994 dulu. Iskh! Musykil betul. Dah lebih dari 15 tahun. Lagipun pembedahan tu bukan pembedahan bersalin sebab masa tu aku belum kawin lagipun.



Semasa temujanji untuk lawatan klinik mengandung, aku minta pendapat doktor. Risau le jugak kut jadi apa-apa lagipun kandungan dah masuk 36 minggu. Aku dijangkakan untuk bersalin pada 23/11/09 nanti. Hmmm….terus kena refer kat Surgeon. Lagilah kecut perut aku. Mulalah terbayang yang bukan-bukan. Tapi aku dinasihatkan jangan terlalu risau takut BP pulak naik mendadak nanti. Bahaya! Macam mana tak risau, bila kandungan dah besar ni macam-macam masalah pulak yang timbul. Haemoglobin pula rendah. Paras normal antara 11.5 – 16.5 Tapi haemoglobin darah aku hanya 9.8 aje. Kurang banyak tu……., patutlah asyik letih je memanjang.



Hmmm….pusat aku ni sebenarnya ada problem sejak lahir lagi. Tak normal macam orang lain. Aku pernah dinasihatkan untuk dibedah semasa aku disekolah rendah lagi. Tapi, biasalah masa tu mak aku tak izinkan. Dan berbagai jenis ubat herba mak guna untuk sapu dipusat. Sampai satu ketika ada satu ubat yang rupanya macam kemenyan warna biru yang disapu ke pusat aku. Adoiii….lah, sakit nya bukan main bila disapu dengan serbuk kemenyan biru tu. Last-last aku cakap pada mak tak payah le letak apa-apa ubat pun. Biarkan ajelah. Sebelum dibedah dulu, kadang-kadang pusat aku akan merasa sakit dan berdarah. Bayangkan 24 tahun aku menanggung sakit yang macam tu. Akhirnya atas nasihat beberapa rakan barulah aku berani nak meneruskan pembedahan tersebut. Selepas dibedah, aku MC sampai sebulan. Disini aku mengambil kesempatan nak ucapkan terimakasih pada Dr. V… yang banyak memberi galakan pada aku satu ketika dulu. Jasamu tetap dalam ingatan (he..he.. entah dia baca ke tak entri aku yang selalu merapu ni)
Maka pagi tadi appointment aku untuk berjumpa dengan Consultant Surgeon di TDMC memberi jawapan yang tepat dan penerangan daripada Dr. Leela amat memuaskan hati. Memang betul ianya adalah benang Nylon (warna biru lagi) yang digunakan untuk jahitan semasa aku melakukan pembedahan dulu. Menurutnya, benang tersebut tidak akan hancur didalam badan. Yang aku pelik tu dah tiga kali aku mengandung tak de le pulak benang tu nak tembus keluar daripada perut sebelum ni. Lepas doktor check dia pun tarik keluar sikit benang tu dan potong. Rasa ngilu dan sakit jugak le sikit. Lebih kurang ½ cm benang tu yang dipotongnya. (Benang tu rasa keras macam dawai, saiz benang lebih kurang macam stapler tu ha) Kemudian dia spray dan plaster je kat tempat yang dah terlubang. Doktor siap lukis lagi semasa memberi penerangan untuk mengambarkan pada aku macammana kedudukan benang yang mengikat bahagian dalam perut yang berhampiran dengan pusat aku tu. Aku dinasihatkan untuk menghabiskan antibiotik yang diberi. Kandungan dah besar, dah tiada masalah untuk mengambil ubatan lain. Minggu depan aku akan bertemu dengan Dr Leela lagi untuk rawatan susulan.


Sekarang ni dah rasa lega sedikit. Lepas ni nak menghitung hari pulak untuk menunggu kelahiran orang baru. Adik aku dah selamat melahirkan anak lelaki pada 26/10 yang lalu. Tapi baby dia sonsang, kepala diatas terpaksalah kena bedah kali ni. Masa first baby dulu normal je ikut pintu. Tahniah untuk Ogy. Aku pulak, masa scan hari tu nampak kedudukan baby ok-normal. Harap-harapnya lepas ni tiada lagi masalah yang timbul.

Bila Kalah di Bagan Pinang

Kalau itu takdirnya
terimalah kekalahan dengan rela



Kalau itu takdirnya
yakinlah ini ujian kecil dariNya



Kalau itu takdirnya
kenapa tidak diikat semangat juang
serta suburkan harapan
ke jalan kemenangan
Tetapkanlah iman
ketika mencari titik-titik kesilapan



Kalau itu takdirnya
Kalah menang memang adat pertandingan
janganlah pula menjadi bosan
untuk terus menegakkan syiar Islam.


Teluskah nanti Kupon Beras Percuma ini?

Kupon beras percuma kepada keluarga miskin ?
Baca petikan akhbar dibawah membuatkan minda aku terfikir sama ada terdapat agenda tersembunyi disebalik pemberian kupon percuma ini nanti.



KUALA LUMPUR - Kerajaan akan mengedarkan kupon beras percuma kepada 200,000 keluarga miskin di seluruh negara hujung tahun ini, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar. Beliau berkata, pemberian kupon itu akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu majlis di Pekan, Pahang pertengahan November ini. “Pemberian kupon khas itu adalah menggantikan sistem pemberian subsidi beras kepada pengilang dan pemborong beras yang bernilai RM60 juta sebulan.
“Saya nak tegaskan di sini, skim baru ini bukan bermakna harga beras naik, tetapi ia hanya kerana kerajaan menarik balik subsidi beras yang selama ini diberikan kepada pemborong dan peruncit,” katanya selepas memberi taklimat Program Subsidi Beras Untuk Rakyat (Subur) kepada pegawai kerajaan serta Ahli Parlimen di sini.
Beliau berkata, menerusi program subsidi itu kira-kira 43,500 keluarga miskin tegar berpendapatan RM450 sebulan di bandar dan RM420 sebulan di luar bandar akan menerima kupon bagi 30 kg beras percuma setiap bulan manakala lebih 150,000 keluarga yang berpendapatan RM1,500 sebulan di bandar dan RM1,000 sebulan di luar bandar akan menerima tiga kupon subsidi bernilai RM10 setiap satu enam bulan sekali.
Katanya, turut menerima beras percuma dan subsidi beras ialah kira-kira 15,000 keluarga Orang Asli di seluruh negara. Noh berkata, penerima kupon RM10 melayakkan pemegangnya membeli beras gred ST15 (15 peratus hancur) bagi 10 kilogram yang berharga RM24 pada harga RM14 dan jika mahu membeli beras lebih mahal, mereka hanya membayar perbezaan harga beras itu sahaja. - Bernama
Benarkah bila subsidi telah ditarik balik daripada pengilang dan pemborong beras, harga beras tidak akan naik? Bukan ke selama ni pengilang & pemborong beras yang "mengawal" harga beras? Jika selama ini kerajaan berjaya menetapkan harga beras mengikut gred tertentu bersandarkan pada "SUBSIDI" yang kononnya dikawal oleh pihak kerajaan sendiri, maka bila subsidi ini telah ditarik balik ada kemungkinan pemborong beras akan cuba menaikkan harga beras nanti. Aku nak tunggu dalam sebulan dua ni....... kalau betul harga beras tak naik kira baguslah, tapi jika sebaliknya nampak sangat ada yang tak kena dalam isu ini.
Lagi satu tentang pemberian kupon itu sendiri. Bagaimana pula cara pengagihannya? Teluskah nanti pihak-pihak yang dilantik untuk mengedarkan kupon tersebut? Takut nanti kupon itu hanya berlegar pada kroni-kroni tertentu je. Silap haribulan mereka yang benar-benar layak untuk memperolehi kupon tersebut tak dapat apapun. Setakat dengar cerita pihak lain pula yang gembira dapat kupon percuma.
Beras ni merupakan makanan asasi rakyat Malaysia. Andai kata harganya melambung tinggi nanti, siapa yang untung dan siapa yang rugi? Kalaulah para penanam padi yang membanting tulang empat kerat disawah tu dapat imbuhan yang setimpal tak apalah juga. Sekurang-kurangnya penat lelah mereka berbaloi berpanas terik mentari ketika bersawah. Namun aku menjangkakan yang senang lenang pastilah orang tengah - pemborong!!!
(Hmmm...... tunggu dan lihat apa pula berita selepas ini).

Bagan Pinang - Satu persoalan sebelum keputusan

Orang-orang di N9 masih seronok nak beraya atau berdebar tunggu keputusan piliharaya?

Bolehkah Isa Samad menang dengan mudah di Bagan Pinang?

Berapa banyak undi rosak nanti?

Bekas tentera yang tidak lagi berkhidmat dengan ATM masih boleh mengundi secara pos ke? Kalau mereka dah ada kad pengenalan awam, boleh ke nak buat lawak undi 2 kali?

Apakah benar para tentera tak berani nak memangkah selain BN sebab takut nanti payah nak naik pangkat?

Berjaya ke PAS mengurangkan undi majoriti pada BN andai BN menang sekalipun?

Benarkah hanya golongan tua sahaja yang masih sayangkan Isa?




Hmmmm………lagi banyak persoalan, lagilah payah nak jawap. Tapi rata-rata ramai teman aku yang berasal dari N9 mengatakan yang 90% Isa Samad pasti menang. Kebanyakan mereka melihat Isa Samad sebagai bekas MB “yang bagus” (????)

Alahai………..

Menjaga aib dan menjaga hukum Allah swt

 Menjaga Aib dan menjaga hukum Allah swt   Semenjak dua menjak ini, dalam laman sosial bertebaran cerita dosa dan aib manusia disebarkan...