Tuesday, October 13, 2009

Teluskah nanti Kupon Beras Percuma ini?

Kupon beras percuma kepada keluarga miskin ?
Baca petikan akhbar dibawah membuatkan minda aku terfikir sama ada terdapat agenda tersembunyi disebalik pemberian kupon percuma ini nanti.



KUALA LUMPUR - Kerajaan akan mengedarkan kupon beras percuma kepada 200,000 keluarga miskin di seluruh negara hujung tahun ini, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar. Beliau berkata, pemberian kupon itu akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu majlis di Pekan, Pahang pertengahan November ini. “Pemberian kupon khas itu adalah menggantikan sistem pemberian subsidi beras kepada pengilang dan pemborong beras yang bernilai RM60 juta sebulan.
“Saya nak tegaskan di sini, skim baru ini bukan bermakna harga beras naik, tetapi ia hanya kerana kerajaan menarik balik subsidi beras yang selama ini diberikan kepada pemborong dan peruncit,” katanya selepas memberi taklimat Program Subsidi Beras Untuk Rakyat (Subur) kepada pegawai kerajaan serta Ahli Parlimen di sini.
Beliau berkata, menerusi program subsidi itu kira-kira 43,500 keluarga miskin tegar berpendapatan RM450 sebulan di bandar dan RM420 sebulan di luar bandar akan menerima kupon bagi 30 kg beras percuma setiap bulan manakala lebih 150,000 keluarga yang berpendapatan RM1,500 sebulan di bandar dan RM1,000 sebulan di luar bandar akan menerima tiga kupon subsidi bernilai RM10 setiap satu enam bulan sekali.
Katanya, turut menerima beras percuma dan subsidi beras ialah kira-kira 15,000 keluarga Orang Asli di seluruh negara. Noh berkata, penerima kupon RM10 melayakkan pemegangnya membeli beras gred ST15 (15 peratus hancur) bagi 10 kilogram yang berharga RM24 pada harga RM14 dan jika mahu membeli beras lebih mahal, mereka hanya membayar perbezaan harga beras itu sahaja. - Bernama
Benarkah bila subsidi telah ditarik balik daripada pengilang dan pemborong beras, harga beras tidak akan naik? Bukan ke selama ni pengilang & pemborong beras yang "mengawal" harga beras? Jika selama ini kerajaan berjaya menetapkan harga beras mengikut gred tertentu bersandarkan pada "SUBSIDI" yang kononnya dikawal oleh pihak kerajaan sendiri, maka bila subsidi ini telah ditarik balik ada kemungkinan pemborong beras akan cuba menaikkan harga beras nanti. Aku nak tunggu dalam sebulan dua ni....... kalau betul harga beras tak naik kira baguslah, tapi jika sebaliknya nampak sangat ada yang tak kena dalam isu ini.
Lagi satu tentang pemberian kupon itu sendiri. Bagaimana pula cara pengagihannya? Teluskah nanti pihak-pihak yang dilantik untuk mengedarkan kupon tersebut? Takut nanti kupon itu hanya berlegar pada kroni-kroni tertentu je. Silap haribulan mereka yang benar-benar layak untuk memperolehi kupon tersebut tak dapat apapun. Setakat dengar cerita pihak lain pula yang gembira dapat kupon percuma.
Beras ni merupakan makanan asasi rakyat Malaysia. Andai kata harganya melambung tinggi nanti, siapa yang untung dan siapa yang rugi? Kalaulah para penanam padi yang membanting tulang empat kerat disawah tu dapat imbuhan yang setimpal tak apalah juga. Sekurang-kurangnya penat lelah mereka berbaloi berpanas terik mentari ketika bersawah. Namun aku menjangkakan yang senang lenang pastilah orang tengah - pemborong!!!
(Hmmm...... tunggu dan lihat apa pula berita selepas ini).

1 comment:

Anonymous said...

Dlm berita Harian hari ini, Noh Omar berkata "Penerima kupon beras diminta daftar diri dibawah agensi kementeriannya"

Pastu dia tambah pulok "akan semak dulu latar belakang pemohon. Kalu layak baru dapat".

Ngko rasa kalu ada yang mengaku dia penyokong totok PAS, dia dapat tak kupon ni? Wah...kah..kah...

Lu fikirlah sendiri!