Thursday, February 11, 2010

Syair untuk Anakanda

Wahai anakanda permata jiwa
dengar nasihat ayah dan bonda
jadi pedoman dihari muka
moga hidupmu akan bahagia



Jangan kau lupa pada agama
walau dicabar hidup nestapa
Allah yang Esa sentiasa Ada
bermohon doa serah padaNya



Hidup didunia banyak dugaan
carilah ilmu buat sandaran
tingkah nan buruk jadi sempadan
maruah diri usah dikorban



Duhai anakanda permata hati
ilmu yang ada harus dikongsi
jangan sekali berbangga diri
Allah jua pemberi rezeki



Entah macam mana boleh timbul idea syair ni masa dok menyusu Ameer minggu lepas. Hari ni baru aku teringat nak updatekan dalam blog. Korang kena baca secara bersyair gak barulah syookkk.

2 comments:

kak ja said...

Org yg kreatif ni, sambil nyusukan anak pun dia dpt ilham bersyair..

Tabik spring!! toing toing toing..

Aishah Jamal said...

Alamak pujian akak ni buat saya rasa kembang....he..he..