Ini Pantun Buat Mereka yang duduk di Singgahsana

Belalang kunyit ditengah bendang



Mencari makan dicelah padi


Dato mana yang suka temberang


Akhirnya membuka Aib sendiri










Cantik sungguh si Rama-Rama


Terbang hinggap di bunga Dahlia


Kerana cinta dunia lupakan Agama


Akhirnya yang berilmu menjadi Hina







[Saat ini terfikir disanubari, apakah perasaan seorang isteri serta anak-anak bila si suami dan bapa mereka dicaci maki. Telah hilang maruah diri. Apakah mereka tidak takut mati?]

4 comments:

Mince4AM said...

nice one, saya dah kata akak kena menulis di media cetak..

saya tak tahu arwah ahmad meninggal.. apa pun takziah.. semoga rohnya dicucuri Rahmah Allah

AL-BIMA SAKTI said...

datang tamu tak berguna,
balau pelesit curi makanan;
ada ilmupun boleh jadi hina,
kalau asyik cari kehinaan.

sali said...

salam..hmm

bunga mawar kembang mewngi
kembng mekar di pagi hari
kalau iman tolak ke tepi
walaupun hidup serupa mati

kalu mengail naiklah tongkang
tongkang belayar ke tengah lautan
bila agama tolak belakang
jadilah hidup tanpa pedoman

Bila Diary Bercerita said...

Mince4am,

mungkin disatu hari nanti... InsyaAllah.

Bima,

sebab tu Ahli Agama ada berkata 'Ilmu tanpa Amal tak berguna, kelak ianya akan di hina oleh ilmu itu sendiri'
mungkin ada betulnya....

Sali,

Adat mengail gunakan joran
cuba menangkap ikan dikolam
Bila hidup tanpa pedoman
umpama berjalan dalam gelap malam

Menjaga aib dan menjaga hukum Allah swt

 Menjaga Aib dan menjaga hukum Allah swt   Semenjak dua menjak ini, dalam laman sosial bertebaran cerita dosa dan aib manusia disebarkan...