Thursday, June 16, 2011

DOA

" Ukhuwah itu bukan terletak pada pertemuan....
Bukan juga pada manisnya ucapan di Bibir,

Tetapi pada Ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam DOANYA "


~~IMAM AL GHAZALI~~

===========================================================

Entah kenapa, aku amat tertarik pada kata-kata ini yang tertera dalam status teman FB. Lantas secara tiba-tiba terasa ingin meletakkan ayat tersebut dalam blog (dengan izin).


Ayat itu nampak mudah disebut namun mempunyai makna yang sangat mendalam. Secara jujur, mari kita tanyakan dalam diri kita... berapa kali kita turut mendoakan saudara kita mahupun rakan taulan dalam setiap DOA kita?

sekali? dua kali? atau hanya pada waktu-waktu tertentu?

Bagaimana pula dengan jiran tetangga kita? Adakah kita berusaha untuk mendoakan kesejahteraan mereka juga?


Emmmm...... kita selalunya berkata amat sayang pada sebuah perhubungan, terutama saudara mara kita, jiran tetangga yang turut menjaga rumah ketika kita keluar daerah, anak beranak dan juga rakan taulan yang lain. Apa kata, selepas ini kita usahakanlah berdoa untuk kejayaan orang-orang yang kita sayang. Semoga rahmat Allah swt sentiasa bersama kita.


p/s Ketika ini amat suka dengar lagu tema drama MAKBUL.... (amin...amin...amin...)

2 comments:

Hartini Omar said...

:) saya mendoakan akak dan keluarga agar baik2 sahaja

Aishah Jamal said...

Terimakasih Tini.
Akak pun doakan Tini agar bahagia selalu dan urusan Tini sentiasa dipermudahkan oleh Allah swt.