Thursday, November 01, 2012

emmmm....

Sudah lama aku tidak menulis disini. Rasanya banyak sekali yang ingin diluahkan namun masa lapang amatlah terhad. Sekali sekala ku intai blog kawan-kawan. Sekadar membaca, meninggalkan jejak pun tidak. Nanti-nantilah bila ada kelapangan yang berpanjangan aku pasti akan meluahkan segala rasa disini. Semoga diary ini tidak akan sepi lagi..........

Thursday, January 26, 2012

Bencana Alam Satu Peringatan

Bencana Alam Satu Peringatan

Pada petang 25hb Januari, 2012 lebih kurang 6.30 petang telah berlaku satu kejadian alam yang agak menakutkan. Hujan lebat beserta ribut kencang yang melanda telah menyebabkan beberapa kerosakan pada beberapa bangunan, bumbung rumah dan juga kenderaan yang berada dalam kawasan perumahan Taman Desa ini.


Mungkinkah bencana alam merupakan satu peringatan dari Allah swt kepada manusia yang selalu leka dengan urusan dunia? Maha suci Allah, setiap kejadian pasti ada hikmah dariNya. Redha dengan musibbah ini, InsyaAllah akan meredakan hati-hati yang bersedih dan resah gelisah menyaksikan kemusnahan harta benda.



Gambar ini  adalah salah satu daripada beberapa kenderaan yang ditimpa dahan pokok.
Dan kereta ini milik salah seorang sahabatku. Sabar ye dik.
Ujian Allah swt kepada insan-insan terpilih tanda dia menyayangi hambaNya.
Untuk nota, gambar ini telah diambil oleh wartawan China Press.

Wednesday, January 18, 2012

Mana pergi budi bahasa?

Ada masanya jadi letih untuk membaca senarai caci dan maki dalam mukabuku yang entah bila ada titik nohtahnya. Mereka yang mencaci umpama tidak pernah belajar tentang nilai bahasa. Emmm...malah ada pulak yang merasa bangga konon merekalah yang dinamakan pejuang bangsa.

Dalam pentas politik kawan dan musuh mungkin bukan selama lamanya. Hari ini menjadi kawan, esok pula boleh menjadi lawan. Hari ini kita seteru, lusa boleh berdakap mesra.

Apakah kalian semua tidak boleh berdebat secara berilmu? Nasihatilah mereka secara ilmiah bukannya menambahkan rasa amarah. Carilah segala berita dan tapislah maklumatnya bukan hanya berpandukan pada satu sumber. Semoga minda kita semua dicerahkan oleh Allah swt dan kita tahu menilai berita mana yang benar....

Jangan kita terlalu beremosi bila berbicara... Kita akan dinilai dengan bahasa yang kita hamburkan.

Tuesday, January 10, 2012

La Tahzan........ duhai hati :,(

Sakit betul rasa hati hingga membuatkan rasa bersedih lagi banyak daripada marah. Rasa bengang betul! Boleh pulak tu dia senyum-senyum kat aku?? Eeeiii.... menyampahnya!!!
Rasa sungguh kecewa. Hampir menitiskan airmata...


Nak buat camna, dia boss kan...So, kalau jadi boss boleh buat sesuka hati?
Huh! Susah sangat ke nak menghargai jerih payah kerja orang-orang bawahan?
Yelah...aku tak pasang kabel emas, tak kuasa nak kipas...


Apapun, aku masih ada Allah swt. Mungkin satu hari nanti akan ada pelangi yang bersinar. Hati masih geram dan marah tapi sedang berusaha untuk redha dengan ujian kecil dariNya. Serabut dalam hati lantas meluahkan apa yang terbuku dalam dada di diary maya yang lama ku biarkan sepi tanpa bicara.


Ya Allah, tenangkanlah hati hambamu yang sedang berduka ini...Amin.