Dah sekian lama membisu kat blog, hari ni nak
bercerita sepatah dua. Zaman anak dara dulu pernah berkata aku ingin punya anak
lima
bila telah berumahtangga. Mana tahu rupanya kata-kata itu satu doa. Dan Allah
swt makbulkan ungkapan itu dan kini sah aku telah punya 5 cahayamata. Alhamdulillah…….
Syukur.
Yang bongsu si Puteri diberi nama Aida yang
bermaksud keberungtungan/imbalan/hadiah. Usia Aida kini 2 bulan setengah dan
sudah pandai meniarap. Abangnya Ameer 3 tahun selalu punyai perasaan cemburu
pada adik walaupun nampak dia sangat sayang pada adiknya itu. Ada ketikanya bila si adik nak menyusu, mas a itulah si abang nak itu nak ini. Adoii…. Berasa
sangat geram bila Ameer buat perangai namun sebagai ibu dapat memahami bahawa
dia hanya menuntut perhatian yang lebih dari aku. Masa dalam pantang dulu
rajinlah aku melayan karenah dia tapi sekarang ni bila dah mula mas uk kerja balik terasa kurang sabar kerana
terpaksa terkejar-kejar dengan waktu. Mana nak layan baby nak buat kerja rumah
lagi. Abang dan kakak-kakaknya sibuk dengan kerja sekolah mas ing-mas ing,
mana ada mas a sangat nak layan dia. Itu yang kadang-kadang rasa nak marah je bila
Ameer buat hal. Huhuhu ….. sabarlah duhai hati.
Sekarang ni kalau di rumah mas a untuk menjengah laman sesawang makin terhad. Facebook
umum pun dibuka sekali sekala. Apatah lagi untuk menulis mahupun memberi
komentar. Ikutkan rasa hati semuanya mahu dibaca. Tambahan pulak sekarang ni
sudah hampirnya tarikh pilihanraya, tentu banyak informas i
yang boleh dicari.
Facebook peribadi untuk tatapan keluarga juga seakan
menyepi seketika. Bila ada mas a terluang
aku mengomel di situ melalui hp sahaja. Sebenarnya banyak yang ingin aku
luahkan di dalam diary maya ini namun mas a
adalah penghalang utama.
No comments:
Post a Comment