Siapa calon
pilihan anda?
Tentunya ramai orang sekarang ini sedang berdebar-debar menunggu
hari mengundi untuk melunaskan tanggungjawab memangkah nama calon yang
dirasakan paling sesuai dan layak bagi memimpin kerajaan negeri dan juga
kerajaan Malaysia.
Mungkin ada diantara pengundi muda merasa teruja kerana ini adalah
kali pertama mereka keluar mengundi. Mungkin ada juga golongan ‘cukup umur’
tetapi pada tahun 2008 yang lalu tidak mengambil peduli pada proses pilihanraya
dan kali ini mereka bersemangat untuk turut serta.
Setiap hari kita didedahkan dengan berbagai maklumat dari pelbagai
sumber demi menjayakan misi dan visi parti politik. Kita juga didedahkan dengan
cerita yang yang ‘buruk-buruk’ tanpa
memikirkan maruah dan harga diri lagi. Akhir-akhir ini suratkhabar juga tidak
terkecuali menyampaikan berita-berita yang sensasi dengan pengunaan ayat-ayat
yang sudah tercalar nilai bahasanya.
Sebagai seorang rakyat Malaysia kita berhak memilih
seorang pemimpin yang kita suka namun kita juga harus membuat kajian adakah
calon kesukaan pilihan kita itu seorang yang pandai “bekerja”? Janganlah kerana
dia seorang yang banyak duit atau kaya raya atau kaki ‘gebang’ maka kita
memilih dia. Kita sepatutnya memilih pemimpin yang boleh bekerja untuk kesejahteraan
seluruh rakyat Malaysia. Pemimpin yang bersih dengan isu rasuah, pemimpin yang
elok budi pekerti, yang amanah serta berakhlak tinggi.
Pilihan
ditangan kita. Kita berhak memilih. Maka pilihlah yang terbaik.
Ayat Promosi :-
Jangan pening atau
susah hati kalau DAP tukar lambang PAS….
Apakah kalian semua
tidak terfikir, jika kalian ingin ke bulan sudah tentu naik roket dulu…..
Hihihi
Untuk penduduk
N.36 di Pulau Pinang, adalah amat diharapkan agar kalian bagi sokongan serta
undian kalian pada calon PKR – Tuan Haji Mohd Rashid Hasnon
[saya tunaikan
janji pada anaknya untuk meraih undi di blog ini :)]
PAKATAN HARAPAN RAKYAT
Dalam mood
menunggu ‘hari penamaan’ calon……. Rasa macam nak bersantai di depan tv je. Hehe….kalaulah
si baby tu tak banyak ragam