Di kesempatan ini, aku ingin
mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam AidilFitri kepada semua pengunjung
blog yang beragama Islam yang sudi singgah ziarah ke blog ini.
Bagaima na
persiapan kalian untuk menyambut hari lebaran? Bagi diriku, persiapan ala kadar
sahaja. Cukuplah asalkan anak-anak tetap gembira dihari raya.
Maaf kerana aku tidak punya
kesempatan untuk menulis panjang lebar dan membebel di ruang ini. Mungkin di
lain waktu yang lapang akan panjanglah sedikit bebelan.
Apapun, sempena menjelang hari
mulia, maaf dipinta jika ada salah dima na-mana.
Kita kan manusia
biasa. Pada yang ingin memulakan perjalanan yang jauh untuk pulang berhari raya
tu, pandulah dengan cermat. Semoga selamat sampai ke destinasi yang di tuju.
SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR & BATIN