Bila angka-angka Covid19 makin tinggi dalam negara, rakyat tentunya merasa gundah gelana dengan bala penyakit yang menimpa. Agkara segelintir manusia yang kemaruk pada kuasa, gelanggang perang piliharaya negeri Sabah akhirnya menjadi medan perang dengan mahluk penyakit yang tak nampak pada mata kasar. Menyerang dalam diam dan meresahkan setiap kakitangan kesihatan dan mereka yang bekerja di barisan hadapan. Masalanya bukan hanya di Sabah, ianya telah merebak kembali hingga ke tanah Semenanjung.
Yang tak dengar nasihat ahli politik. Yang kena menjawap dalam media tu Tan Sri Dr Hisham. Yang menderita tentunya rakyat Marhaein….yelah, apabila dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) semula, semua jadi serba tak kena. Jika dilaksakan Perintah Kawalan Pergerakan DIperketatkan (PKPD) risau pula nanti ada rakyat yang sampai tak makan. Pergerakan terbatas, silap haribulan ekonomi negara akan merundum. Sebab itulah sekarang ini rakyat makin menyampah dengan cakap-cakap orang politik yang hanya pandai bercakap tentang kuasa politik untuk memerintah dan mentadbir negara akan tetapi untuk menghulur bantuan bagi membantu rakyat yang terkesan secara langsung dengan masalah-masalah semasa ketika Covid19 ini tidaklah pula nampak bayang muka mereka.
Bila angka dah meningkat
Barisan hadapan dan kakitangan KKM yang penat
Ramai yang pandai bercakap
Salah sendiri tak pulak ingat
Rakyat berusaha untuk menjaga
Agar Covid19 tak bermaharajalela
Namun ada yang tuli dan buta
Kerana mereka mabuk kuasa
Siapa lagi nak diharapkan
Jika diri sendiri tak buat sekatan
Jagalah diri dan juga keluarga
Semoga kita semua terhindar dari bahaya
Membebel dalam diary untuk kenangan kemudian hari.
1 comment:
Minta maap ler berbanyak ye En. Zuhairi.
Teman ni mak orang merangkap bini orang.
Sekian.
Terimakasih.
Post a Comment