Mood ke laut sedikit hari ini. Pagi-pagi hari sudah naik hantu memekak marahkan Ameer dan Aida yang belum menyiapkan kerja sekolah mereka. Menjadi seorang ibu dan cikgu ‘Instant’ dan dalam masa yang sama kena bekerja dari rumah bukanlah sesuatu yang mudah. Penat dan stress!!
Cepatlah penyakit Covid19 ni hilang dari muka
bumi. Kesian pada anak-anak yang hendak menimba ilmu pengetahuan dan bebanan Guru
yang turut sama menghadapi kekangan untuk mengajar secara dalam talian. Bukan
semua anak murid mempunyai alat peranti yang sesuai untuk googlemeet dan
mempunyai jaringan internet yang stabil. Dalam bandar ni mungkin la boleh
digunakan tapi kalau berada diluar bandar dan liputan internet pun asyik
tenggelam timbul macam mana nak belajar secara ‘online’.
Group Whatsapp sekolah kalau dulu hanya ada 4
termasuk Sek Agama, sekarang makin bertambah dengan group untuk matapelajaran
terpilih. Tahun ini pula ada group untuk Telegram juga. Adoii….macam mana la
tak stress. Kerja sekolah hantar dalam Telegram. Untuk update status dan info kena
buka whatsapp. Mana la mak-mak tak pening macam ni. Nak tengok group whatsapp kerja
lagi. Email pejabat lagi. Tu yang kadang ada terlepas pandang atau terlupa bila
dah sibuk dengan kerja sendiri. Cikgu yang baik, dia hantar ‘reminder’ ingatkan
anak murid supaya tidak leka. Kena belajar dan siapkan kerja sekolah walaupun sekolah belum dibuka sepenuhnya.
Haisshh….kali ini luahkan rasa hati dalam
Diary. Di masa hadapan boleh baca kembali. Boleh jadi kenangan apa yang berlaku
semasa penyakit Covid19 ini menyerang negara dan dunia.
Disebabkan mood Mama tak berapa nak ceria hari
ini, kita masak Nasi Minyak dan Ayam Masak Merah sahaja. Tak kuasa dah Mama nak
masak juadah lain. Makanlah apa yang ada. Musim penyakit ni jangan nak mengada
memilih makanan. Belajarlah bersyukur dengan Nikmat yang ada yang telah Allah
swt berikan kepada kita. Masa hadapan kita tidak belum tahu lagi bagaimana. Sentiasalah
berdoa semoga dipermudahkan segala urusan kita semua oleh yang maha Esa.
No comments:
Post a Comment