Membebel dalam diary lagi untuk kenangan dikemudian hari.
Sejak Covid-19 menyerang dunia
dan PKP di Malaysia, banyak perancangan tergedala dan ada yang terbatal begitu
sahaja. Bekerja dari rumah, bukanlah semudah seperti disangka oleh kebanyakan
orang. Cabarannya nak mengurus masa bekerja dan dalam masa yang sama mengurus
hal ehwal rumahtangga. Tu belum lagi terpaksa jadi Cikgu untuk pantau
pembelajaran anak-anak yang belajar dari rumah juga.
Ada hari-hari tertentu aku masuk
ke pejabat untuk selesaikan tugasan yang penting dalam kadar segera. Dan
seperti biasa, walau berseorangan dalam department, tugasan wajib selesai.
Semasa tempoh PKP tempohari, aircond pun tiada. Mujur ada kipas di meja.
Berpeluh ketiak sambal bekerja. Panas wehh…. Rupanya memang company terhadkan
penggunaan penghawa dingin ini. Kena request dan itupun kalau level tu ramai
yang masuk ke pejabat. Nasiblah…
Kadang ada hikmahnya walau dalam
hati paksa rela jer bekerja seorang diri dalam pejabat. Tak disangka rupanya
dapat surat dari pihak majikan untuk kenaikan ‘grade’. Punyalah rahsia, HR masuk
dalam sistem sahaja. Tak terima email pun.
Surat bulan 1, awal bulan 3 baru tahu. Iskh…iskh… Tapi kan, naik gred
sahajalah. Gaji dan jawatan tu tidaklah berubah apa-apa pun… Tidak bersyukur
kah aku?? Hmm…. Otak kena positif sikit. Alhamdulillah, bila gred dah naik,
benefit dari company pun dapat lebih sikit. Syukur la kan. Orang lain ada yang tidak
bekerja. Ada yang gaji kena potong. Aku?? Masih lagi terima gaji setiap bulan. Nikmat
dari Allah swt tiada siapa menduga. Walau satu pintu rezeki ditutup, masih ada
pintu lain yang terbuka. Kesan dari Covid-19 dan PKP, En Suami tidak lagi makan
gaji. Makanya kami kena merancang ekonomi dan menambah pendapatan keluarga
dengan cara lain. Berbakti pada tanah semasa PKP ada hasilnya. Selain
untuk makan sendiri, rezeki hasil jualan boleh juga buat belanja dapur.
Simpan dalam diary gambar hasil kebun dalam bandar untuk
kenangan. Mungkin tahun-tahun kehadapan kemudian boleh tengok semula gambar-gambar
ini disini.
No comments:
Post a Comment